Saturday, 29 December 2012

: : Jujurlah Padanya - Uchop

wahhh , sedap nya lagu Uchop yang baru ni . seriously .

rugi la hmpa tak dengaq . layan beb lagu baru ni .

memang patut la Uchop menang Vokal Bukan Sekadar Rupa .

vokal dia memang TOP !



ni la Uchop . gah nya suara :D

aku teringat lagi masa mula2 dia nyanyi dalam Vokal ni dulu .

kena komen yang agak "ehem" dengan Faizal Tahir . fuhh .

aku rasa komen Faizal Tahir tu buat dia lebih semangat nk menang kot .


kali ni saja aku nk upload viseo lagu baru Uchop .

tapi tak dak lirik la . hmpa dengaq ja la naa .

lagi pun , bukan senang nak upload ni . jenuh nak tunggu .

kira bersyukur la dengan apa yang ada :)


video Jujurlah Padanya - Uchop

video


amacam ? best tak ? layan ?

mesti lah best kan . terbaik punya . fuhh , memang layan jiwa beb .

aku rasa Uchop boleh pergi lebih jauh dalam industri muzik .

suara memang mantap . bukan senang nak jumpa orang bersuara macam tu lagi .

boleh ganti Awie ni . right ?


P/S : aku nak karoke lagu ni laa . HAHA .

Wednesday, 26 December 2012

: : masa untuk "game"

aku bukan minat sangat bab2 game ni . serius aku habaq .

cuma satu game ja aku suka main . dari dulu hingga sekarang .

nak tau ? semesti la game bola . apa lagi game yg aku minat .

aku bukan macam adik2 aku . kaki game semua nya .


terkedek2 aku kalau main game lain .

mana la nak reti kalau tangan ni dah biasa main game bola semata-mata .

kalau maen dengan member , memang aku ja la yg menang .

dan memang aku dah jadi pakar kalau game bola ni .

cewahhh , nampak kepoyoan disitu . HAHA .


disebabkan cuti nak habis , saja la suruh adik aku install game lain kat laptop aku ni .

mana la nak taw kot2 aku bosan maen game bola , boleh main game lain .

adik aku pun bagi ja laa . dah dia kaki game , mesti la ada banyak game .



game bola lagi :D


game tembak2 .


lumba kereta .


adik aku bagi game bola , tembak2 , luma kereta . ok laa . 

game bola yang aku main sebelum ni terus aku uninstall . PES 2012 .

dah ada PES 2013 , nak wat apa lagi PES 2012 . kan .


game tembak2 tu , memang aku pun tak berapa paham . 

ada masa nanti , baru nak main . lagi2 bila cuti dah habis . 

waktu tu laa nak tibai game2 macam ni . 

sama la dengan game lumba kereta . aku kurang minat sangat .

last aku main game kereta , Need For Speed Most Wanted .


P/S: game saja la yang sudi menemani aku . hmm .

Monday, 24 December 2012

: : holiday (hari terakhir) !

sambungan yang lalu .

agak lambat pula aku nak update pasai hari last ni .

maklum laa , tak ada kesempatan nak bukak .


untuk hari last aku holiday ni , sebenaq nya tak ada p mana pun .

awal pagi bangun p mandi2 , sarapan dulu kat umah pak ngah .

sembang2 . then bersiap untuk bertolak pulang ke rumah laa .

tapi sebelum bertolak ke rumah , singgah sat kt Jalan Tunku Abdul Rahman .


destinani terakhir: Jalan TAR, Kuala Lumpur.

bila sebut ja nama tempat ni , mesti hmpa dah taw nak wat pa kat sini .

yahhh , ni la tempat terakhir sebelum balik untuk SHOPPING .

banyak kali jugak la aku p tempat ni . kali terakhir aku p dengan Ihsan .

waktu tu bulan puasa . kira baru lagi laa kan .


masa nak p sini , memang tak ada masalah laa .

maklum laa , ayah kalau waktu pagi , memang tak sesat laa nk p sini .

nampak ja dia jalan mana nak masuk . sedaq2 , dah sampai .

kalau malam , punya la jenuh . sampai kena tgk gps . HAHA .

tapi kira okay laa . lagi pun , kami bukan orang KL .


masa sampai kat sini , masih pagi lagi . tapi dalam pukul 10 lebih jugak laa .

kedai pun banyak baru nak bukak . so , jalan pun tak jem .

orang pun tak ramai lagi . tapi dalam tak ramai tu pun , ad kedai yg dah sesak jugak laa .

biasa laa , ini kan KL . dengan pelancong nya la , orang2 situ lagi .

masa aku p bulan puasa hari tu , lagi la ramai . nk jalan pun payah . . .


habis bershopping , masa untuk pulang ke rumah .

seronok bercuti selama 5 hari 4 malam . merata tempat aku p .

tu dah cukup lama dah tuu . tak boleh lagi lama .

sebab kat umah aku ni ada kucing . nanti takut jadi apa2 pulak kt kucing ni .


dan rasanya , sampai disini saja destinasi cuti aku kali ni .

tunggu elaun masuk laa nak bercuti lagi . tempat nya , RAHSIA .

moga perancangan kali ni berjaya :D


P/S: jauh perjalanan , luas pemandangan .

Saturday, 22 December 2012

: : holiday (hari keempat) !

masih bersambung dengan topik sama .

dah dua malam ada kat Johor . so , hari ni kena bergerak ke KL .

awal pagi lagi dah bergerak . kot2 nanti nak singgah mana2 .


destinasi keenam: Tangkak.

masa kat JB , ayah ada tanya kawan dia pasai tempat2 best lagi kat Johor .

so , dia pun kata la p singgah kat Tangkak .

kat sana ada macam2 kain yang dijual . kami pun p la singgah sat .

lagi pun , Tangkak ni ada dalam perjalanan aku nk p KL .


sampai ja kat Tangkak , tu diaaa . punya la banyak kain2 meter depa jual .

memang patut orang panggil "Bandar Tekstil" .

sana ada jual , sini pun ada jual . tapi mak aku tak berapa minat dgn kain2 .

dia minat yang dah siap . senang katanya . HAHA .


destinasi ketujuh: Putrajaya .

KL ni boleh kata kan selalu la jugak p . tak jadi masalah laa ayah nk drive ke sini .

dia taw jalan sikit2 . sebab selalu p hantaq pak sedara aku kat IJN . 

senang kata , tak la macam rusa masuk kampung . duk pelik ja tengok tu , tengok ni .

so , ayah pun decide nak p Putrajaya . saja tengok pemandangan kat sana .



PM Malaysia . lalalaaa~


cuba teka , bangunan apa ni ? hehe .


belakang tu orang kahwin . abaikan yg blkg . yg depan ni masih mencari calon :D


pejabat saya . HAHA .


cantek tempat ni . right ?


seronok dengan suasana kat sini . time aku mai ni , ada event apa entah kat depan tu .

aku malaih nak amek taw pun . sebab dah habis . haha .

masa lepak kat tasik tepi tuu , baru perasan yang ada ikan besaq2 . 

fuhhh , punya la banyak . kalau dapat pancing , sedap tuu . 


habis jalan2 kat sini , terus ke rumah pak ngah . tak dak tidoq hotel hari ni . HAHA

tu la lepak Johor sampai dua malam . cadang nya nak lepak semalam ja .

semalam lagi nak tidoq kat hotel di KL . tp ayah kata baek tidoq kat umah pak ngah .

dapat rest extra satu malam kat Johor pun jadi la .

lagi pun , leh suruh pak ngah bawak jalan2 kat I-City . hehe .


destinasi kelapan: I-City, Shah Alam.

malam tu , pak ngah kluaq dulu sebab ada hal sikit .

so , tinggal la family aku kat umah dia . then , dia telepon suh mai kat tempat dia .

ayah aku pun iya kan ja la . buat gaya2 tau . HAHA .

yang jadi masalahnya , ayah aku mana la nak cam jalan malam2 .

tak nampak bangunan kata nya . kalau pagi , dia laju ja . taw nak p situ .

jenuh la duk bukak gps . masuk sana , masuk sini . last2 , salah jalan . 

kena pulak time tu jalan jem . kat roundabout mana entah . aku pun dah lupa .


dekat setengah jam lebih jugak la baru jumpa tempat pak ngah aku tu .

then , baru la kami p I-City . ayah follow ja laa pak ngah .

pak ngah aku dah lama duk kat situ , so taw la jalan2 yg tak berapa nak jem .

dan boleh tahan jauh jugak laa dari Ampang ke Shah Alam sana .


sampai sana , punya la sesak dengan masyarakat . . 

kena pulak time tu ada konsert harian metro kat WaterWorld I-City .

jalan jem , jangan kata la macam mana sesaknya . 


ayah dengan pak ngah . 


time ni dah kurang sikit orang . 


meowww . eh . .


punya la banyak lampu . fuhh .


besaq jugak kawasan ni . dan aku pun dah letih berjalan kat kawasan ni .

ingat nak masuk tempat ais tu , tapi rasa tak berbaloi pun . dengan ramai orangnya la .

lain kali p boleh la masuk . silap tarikh waktu aku p ni .

masuk ja dalam kereta , aku terus lena . punya la penat hari ni .

sampai umah pak ngah memang sambung tidoq laa . hee .


bersambung . . . . .


P/S : taip banyak sbg exercise utk jari bila assignment nanti :D

Friday, 21 December 2012

: : holiday (hari ketiga) !

sambungan episod lalu .

fuhh . penat lelah lenguh semua dah dibuang malam tadi .

iya la kan . tak p mana pun malam tu .

duk dalam hotel dan tengok bola ja . *hampa malaysia kalah~

lagi pun , kesian kat ayah drive jauh . dari Melaka ke JB .


em , awal pagi lagi kami dah kluaq . p sarapan dulu .

perut kena kenyang . baru la seronok nak p berjalan . hehe .

masih dalam destinasi kelima: Johor Bahru .


lepas ja makan , terus ke bandar JB sebab hotel aku kt Skudai , bukan kt JB .

so , masa nak p ke JB , perasan la macam2 mall kat tepi jalan ni .

punya la banyak mall . tu belum sampai bandar lagi .

bila sampai ja bandar , jalan tak jem mana pun . maybe sebab pagi lagi .

so , ayah pun parking kereta kat City Square .

pakat berjalan laa . p sana , p sini . lepak kat plaza seni .



daulat tuanku :)


belakang sana tu JB Sentral . right ?


plaza seni~


dalam City Square . hee .

habis ja jalan2 kat sini , bermula satu kisah yang tak terduga .

belum pernah terjadi lagi perkara macam ni kat kami sekeluarga .

okay , masa kami parking kereta , kami naik ke plaza ikut jalan lain .

masa nak mencari kereta , kami turun ke parking ikut jalan yang lain .

so , jenuh la nak mencari kereta . memang ingat nombor tiang .

siap hafal lagi tu . "C23" . yang jadi masalah nya , terlupa kaler tiang .


tiba-tiba ja aku kata kaler tiang tu biru . .

so , semua pakat cari tiang biru laa . tak pandang dah kaler oren , hijau bagainya la .

cari dan terus mencari , tak jumpa2 jugak .

tiang kaler biru memang jumpa . tapi nombor C23 tak ada .

ibu dgn adik2 aku dah penat dah . jalan sana tak ada , sini pun tak ada .


tanya kat pak guard , haram jadah la tak faham . 

semua bangla , vietnam , indon dan macam2 . memang tak leh pakai langsung . 

kesudahannya , berpecah laa . masih mencari tiang kaler biru .

aku dah malaih nk cari tiang biru . aku cari kaler lain plak .

ya , akhirnya jumpa jugak setelah SETENGAH JAM mencari kereta .

rupa-rupanya kaler tiang tu warna oren .

arghhh . boleh gila dibuat nya taw . HAHA .


then , kami pun ingat nak balik hotel dulu . mandi dan rehatkan badan .

tapi masa OTW balik , ternampak satu bangunan besaq yang terbiaq .

cantek bangunan tu . tapi sayangnya la , sudah bankrap gamaknya .

JB Waterfront Lot 1 .

singgah sat kat tepi tu . tengok2 pemandangan kat sini .



ni ialah singapura .


dan ini pula ialah Johor Bahru .


saya di Johor Bahru berlatarkan Singapura :)


elok ja aku nak blah dari sini , nampak dah awan mendung nak mai .

ohh , bakal hujan lagi petang di JB .

bergegas la nak pulang ke hotel . tapi sempat singgah sat kat Danga Bay .

tengok suasana kat sini , tak banyak beza pun macam Lumut . 



nampak tak dah renyai tuu .


besaq woo binatang tu . HAHA .


disebabkan hujan pun dah turun , ayah kata malam ni kita mai lagi . hehe .

masa nk balik ke hotel , aku ada perasan Angsana Mall . 

tengok jam pun masih awai lagi . cepat2 suh ayah singgah tengok mall ni .

elok plak time ni ada Pameran Kraftangan 2012 .



sempat lagi utk sapa yg nak p . 


nombor tiang . elak kejadian sebelum ni terjadi lagi . HAHA .


ini la Plaza Angsana :)


dalam Angsana ni , rasa2 nya macam Ipoh Parade laa .

cuma aku tertarik dengan satu kedai kamera ni . 

sebabnya harga lens yang depa letak jauh gila murah dari Low Yat atau kedai kamera kat sini .

kalau la ada duit time ni , memang aku amek terus .

bukan senang nak mai sini lagi . dah la jauh plus murah plak tu .


habis ja jalan kat sini , balik ke hotel laa .

mandi dulu , berehat sat . malam nanti baru la kluaq balik .


malam tu , p la jalan2 kat JB balik . dah tak hujan . hujan sat ja .

singgah sat kat Pasar Karat . punya la meriah kat sini .

Pasar Karat ni macam Gerbang Malam Ipoh laa .

tempat orang jual2 tu laa . baju , kasut , jam , beg , topi . . .

cuma kalau kat Ipoh , straight ja pasar nya . kat JB , berbelit2 .


habis berjalan kat sini , p pulak Danga Bay .

yang syok kat sini , ada fun fair . macam Pirate Park la .

tataw nak naik apa pun . dah besaq tua macam ni .

last2 , naek kereta api . pusing2 kat kawasan Park tu . 



kereta api ku berbunyi . lalalaaa~


peace yoo !

waktu beli tiket kereta api ni , cuma beli 5 ja . ayah kata dia tak mau naek .

then , aku suh la ayah tangkap gambaq kami yang naik ni .

ayah pun tangkap laa . snap sana , snap sini .

lepaih tu , ada satu family depan kami mintak ayah tangkap gambaq depa jugak .

tak kan nak tolak kot . so , ayah pun tangkap la kan gambaq depa .


tiba-tiba , kereta api nak berjalan dah . kamera orang ada dgn ayah lagi .

elok ja kereta api jalan sikit , ayah terus naik sekali dengan kami . duk sebelah adik

kami punya la gelak sakan . dah la tak ada tiket , ikut dia ja nak naek sekali .


habis tu , pusing2 kat kawasan sini . tengok ada kapal belayar .

tapi tak leh naik sebab ada orang dah booking .

kalau hari lain , boleh naik . kena bayaq berapa entah .

nanti dia akan pusing laa dekat kawasan situ . kalau ayaq surut , lg lama la .


dah penat pusing2 kawasan tu , masa utk pulang ke hotel utk berehat . 

makna nya , kami bermalam di Johor selama 2 malam .


bersambung . . . . . .


P/S : lenguh weyhh duk taip ja . HAHA .

Thursday, 20 December 2012

: : holiday (hari kedua) !

sambungan episod lalu :

yeahh , bertemu kita dalam topik yang sama tapi di entry yg lain .

cewahhh . macam rancangan tv plak . HAHA .

masih menceritakan destinasi ketiga , di Melaka . tapi dalam hari kedua .

semalaman tidoq di hotel , hilangkan penat lenguh semua laa .


pagi tu jalan2 kat kawasan bandar Melaka ni .

pusing sana , pusing situu . tengok pemandangan waktu pagi .

yeahh , memang menarik pagi kat sini . tenang ja .

tak ramai orang lagi . so , waktu ni la seronok nak masuk kapal tuu .

muzium samudera . senang nk snap gambaq time orang tak ada .

nak snap situ boleh , sini boleh . rilek tanpa berebut2 . hehe .



tengok , memang tak ramai lagi kan .


bersama hang jebat . ceq hang faiz . hang , hang apa ? 


saya ialah kapten kapal . sila beri kerjasama :P


terbaek der .


ni lah family aku . macam2 karenah . haha .


lepas ja kat sini , p plak bangunan depan dia tu .

apa entah nama nya . tempat jual2 tu laa . aku pun dah tak ingat .

tak la lama sangat kat sini sebab hari ni target hari ni nak sampai johor bharu plak .

banyak lagi tempat nk p lagi2 nak naek menara taming sari .

dan akhirnya , hajat nak naek menara taming sari tercapai jugak .

mulanya macam cuak jugak nak naek . tengok tinggi semacam ja .

lagi2 orang yang keluaq dari menara tu semua muka pucat lesi .

tapi alang2 dah sampai , tak kan x mau naek pulak . satu kerugian kan .

cuma ibu ja yang tak mau naek . hehe .


cuma RM10 sorang . x dak la mahai sangat kan .


bersiap nk berlepas . cewahh .


pemandangan dari atasssss . 


rilek ja budak ni jenguk bawah dengan penuh keberanian . aku ? lalalalaa . 


aku pun berani laa . HAHA .

aku tunggu nak naek menara tak la lama . sat ja . tak sampai pun 5 minit .

maybe sebab pagi lagi . orang pun tak la ramai lagi .

cuma ada la rombongan budak2 sekolah sebelum tu . tataw dari mana .

1st time merasa naek benda alah ni , rasa nya tak la cuak sangat .

rasa macam naek menara aloq staq lagi cuak . serius ni .

walaupun menara aloq staq tu tak tinggi mana . tinggi lagi menara taming sari .

em , maybe sebab naek menara aloq staq kena diri . yg ni duduk ja . .

sampai atas , dia berpusing . dalam 10-15 minit jugak la .


kemudian , saja jalan2 kat kota A Famosa tu .

tapi aku malaih nak naik . lenguh kaki berjalan malam tu terasa lagi .

setakat lepak2 kat bawah tu ja . tu pun tak larat . hehe .



nmpak kan kelenguhan di kaki ceq . HAHA .


adik-adik :)


saya dan jam . jam dan saya . emmm :D

lepas jalan2 kat sini , aku pun terus kan perjalanan ke destinasi seterusnya .


destinasi keempat : Muar, Johor.

yeahh . tempat ni tak banyak berubah . masih macam dulu aku p . 

cuma time dulu aku p , setakat singgah sat ja . jenguk pak cik kat sini .

kali ni baru laa sempat jalan2 kawasan Bandar Muar ni .

yang menarik masa nak p sini , semua rumah pasang area tv panjang .

ya , memang pelik bagi aku . tapi mungkin org sini dah biasa .

pelik la bg aku sebab mana pernah jumpa area tv panjang tinggi bangunan 3 tingkat .

tapi nampak unik . boleh jadi tarikan woooo . hehe .

dan masa perjalan ke Muar ni , aku ternampak >


fuhh . Henry Gurney der . tak nak apply ? haha.

sampai kat Muar , jalan2 kat Bandar tu , makan tengah hari then kena bergerak .

sebab target nak bermalam kat Johor Bharu . tak kan nak lepak sini lama2 .


destinasi kelima: Johor Bharu.

wahh , akhirnya sampai juga di Johor Bharu .

kira awal laa jugak . dalam lingkungan pukul 5 lebih .

tapi masa sampai tu dah pun hujan . jalan pun boleh tahan la sesak nya .

ayah pun cerita la zaman muda2 dia . sebab dulu dia kerja kat singapore .

dia cerita macam2 pasai JB ni . sejarah JB la tu . HAHA .


aku 1st time sampai JB , memang terasa janggal dengan "atmospera" kat sini .

cewahhh . ayat aku ni . fuhh . kemain lagi aku . HAHA . 

emm , dah la jalan jem satu hal . pemandu kat sini pun agak pelik .

contohnya : kita nak masuk simpang atau nk tukaq lorong , depa ni punya la payah nk bagi laluan .

kalau macam kat KL , depa macam lagi sporting la nak bagi laluan .

*mohon jangan banned , bash e.t.c trhdp saya . ni atas pengalaman saya .


okay , aku teruskan kembali dengan bab mencari hotel .

mencari hotel pun dah jadi satu hal . kena plak time tu hujan .

so , ayah amek keputusan . ayah call member2 dia . dan depa suh cari kat Skudai .

Skudai dgn JB tak la jauh sangat . kan ?

cuma time kami nk p Skudai tu orang baru kluaq kerja .

punya banyak moto dan kereta dari singapore sana . fuhh .

dan akhirnya dapat jugak check in hotel . tu pun dah pukul 7 lebih .


malam tu ingat nak p jalan2 kat kawasan Skudai . jenguk2 suasana kat sini .

tapi tetiba teringat ada game Malaysia VS Thailand . 



so , tak jadi laa p mana2 . lepak dalam bilik sambil tengok bola .

ayah pun penat drive dari Melaka ke JB . jauh jugak tuu .

amek kesempatan malam tu untuk berehat pulak . hilangkan semua penat .

er , rasa nya sampai disini saja lah hari kedua . 

esok aku kembali dengan hari ketiga . yeahh !


bersambung . . . . . . . . . .


P/S : esok sambung lagi karangan aku . HAHA .

Tuesday, 18 December 2012

: : holiday (hari pertama) !

lama sungguh tak update blog . bukak pun jarang . hehe .

saja kali ni nak post something . lagi2 lepas holiday ni .

penat tu masih terasa . lenguh2 badan lagi ni taw .


okay , bermula la kisah holiday aku  . holiday kali ni p Melaka , Johor dan KL .

sambil2 tu , singgah la jugak kat kawasan yang best dan menarik .

ayah amek cuti awai lagi . punya la semangat nk p jenjalan .

ingatkan nk p holiday awai , tetiba ayah ada interview .

nak wat camna . interview tu penting . kenaikan pangkat .

so , kena enjak la cuti ni .


destinasi pertama : Bukit Malawati .

disebabkan aku p hari rabu , so memang boleh la naek bukit tu dengan kereta .

kalau hmpa p hari sabtu ahad , mintak maaf banyak2 la nak naik dgn kereta .

hmpa kena menapak berjalan kaki dan berpeluh2 laa .

pemandangan atas sana memang cantek . banyak kera . haha .



meriam yang memang orang akan tangkap gambaq bersama :P


adik-adik aku yang nakai . abg dia ja baek :D


rumah berapi . ehh ? 


angah dengan kera . kera dengan angah . er . . .

jinak jugak kera , beruk , babun , monyet kat sini . boleh usap . tapi aku takut .

tak pasai2 hilang jari aku nanti . HAHA .

lepak sini tak lama pun . sebab perjalanan masih jauh .

kena sampai target nak bermalam di Melaka . 

kalau lepak lama2 , memang tak sempat la nk cari hotel dan bagai nya laa kat Melaka .

so , teruskan perjalan . . .


destinasi kedua : Nilai 3

ibu nak shoping plak kat Nilai 3 . so , ayah pun singgah la sat .

lagi pun , Nilai kan dalam perjalanan ke Melaka .

nk sampai Melaka pun tak jauh mana dah . tapi dah lapaq , singgah jugak laa . 

makan tengah hari kat sini , sambil tengok2 apa yang patut nak beli .



view sebelum masuk ke Nilai . hmpa perasan dak ?


ni dekat textile walk . 


lepak kepenatan berjalan . hee .


kat Nilai ni , memang dunia shopping bagi perempuan laa .

punya la banyak baju2 , tudung2 , beg dan seangkatan dengannya la .

memang ibu aku suka laa . beli tu , beli ni . fuhhh .

er , nanti bila aku dah kawin , nak bawak isteri mai sini laa .

*entah bila la tu . HAHA .


destinasi ketiga : Melaka .

akhirnya , sampai jugak Melaka . tu pun dah petang dan hujan . 

sempat la cari hotel . check in hotel , mandi2 , rehat sat , malam tu baru kluaq balik .

malam tu , jalan2 kat kawasan hotel . saja syok berjalan kaki . hehe .

jalan kat tepi sungai ja . jauh woo kami sekluarga berjalan . lenguh kaki habis . .

dari kampung morten sampai la dekat orang naik bot tu .

pemandangan memang cantek laa . semua lampu liplap liplap . HAHA .


serius laa . memang cantek kan .


ibu tengok monorel . . pelik gamaknya . hee .


ni dari kampung morten . kami berjalan~


MERDEKA ! umah depa kemain lampunya . fuhh .


pirate park !


air pancut ni ikut lagu . elok kami nk bergambaq , lagu habis . HAHA .

ni baru cerita dekat kawasan yg kami jalan kaki . kawasan tepi sungai .

memang jauh sangat2 kami jalan . jenuh jugak laa nk cari jalan balik ke hotel .

tapi nak balik ke hotel tak susah mana pun sebenaqnya . 

ayah suh ikut jalan raya . kalau ikut jalan tepi sungai tu , memang jauhh sangat2 .

lepas tu , kami naek kereta p lepak kat dataran pahlawan sat . 

cantik malam2 kat sini . dengan beca nya , menara taming sari .



beca kat dataran pahlawan . dengan lampu beserta lagu lagi tuu .


menara taming sari . bulatan baru nak naik . 


ingat nak naek menara malam tu , tapi ramai plak . lagi pun dah nk tutup .

ayah cakap , esok pagi ja laa naik menara tu . boleh tengok macam2 kalau pagi .

inilah holiday hari pertama .

nanti aku sambung karang balik untuk hari kedua . 


bersambungggg . . . . . . . . . . . 


P/S : penat nak taip panjang2 weyhhh :D