Friday 31 May 2013

: : USIM~

: : besaq jugak USIM ni kan .

ehh , hgpa jgn ingat aku masuk USIM plak .

aku sayang dgn IPG Ipoh taw .

tak sanggup aku nak tinggai kan . HAHA .



gambaq copy paste tenet ja . HEHE .


semalam aku baru ja p hantaq adik aku .

dia yang masuk USIM .

macam biasa laa , awai pagi lagi dah bertolak dari sini .

dalam kul 4am jugak laa . mata pun duk lena lg .

sejuk ja duk dalam kereta . dah berapa kali bertolak awai minggu ni .


ramai jugak laa yg daftar utk tahmidi ni .

daftar pulak kat stadium tertutup Nilai .

haihhh , punya la sejuk dalam tu .

aku dengan ibu dan ayah lepak kat ataih ja pun .



yg ni gambaq sendiri naa . bukan copy paste . hee .


duk tgk adik aku dari ataih ni , tetiba nampak plak mmber lama masa sekolah dulu .

baru teringat , aku ada member masuk USIM sebenaq nya .

jadi MPP kat situ plak tu . fuhhh .

memang aku teruih panggil laa . lepak2 sembang2 dengan dia .


habis ja daftar , depa suh p masuk apartment dah .

jenuh jugak nak cari ostel nya .

ostel adik aku ni memang jauh dengan kolej dia .

memang tiap2 kali nk p kolej , kena naik bas laa .

jenuh jugak kan macam tu .

kalau la tertidoq , sudah laa tu . memang tak p kelas dah laa .


kalau dah sampai Nilai ni , memang tak sah kalau tak p Nilai 3 .

pantang betui mak aku ni .

tgk baju , karpet , macam2 lagi laa .

kalau laa aku dah ada bini , jenuh jugak aku . HAHA .


tapi aku harap adik aku dapat la IPG jugak .

tgh tunggu keputusan interview jugak tu .

aku tgk macam susa ja nk terus kan hidup kt USIM tu .

better masuk IPG la . tgk live aku skrg laa .

HAHA .


P/S : setiap kolej , ada keistimewaan sendiri . jangan memperlekehkan yea !

Tuesday 28 May 2013

: : Kuala Lumpur lagi

: : masih dalam kepenatan pulang dari KL .

awai pagi lagi dah bertolak p sana . 430am der bertolak dari sini .

teman pak sedara p IJN ja . dia ada medical check-up .

1st time la aku p IJN ni . fuhhh .

punya la cantik tempat dia . memang terbaik laa .



penambahbaikan . bagusss !

tp macam biasa laa . jalan kt KL ni kompom jem .

sesak betul dengan kereta .

aku nak p low yat pun lambat jadi nya .


hmm , aku pun tataw nak beli apa ja kat KL ni .

elaun baru ja masuk . duit massyyuukkk der .

HAHA .

tapi tak sanggup nak beli apa2 . sebab nanti kantoi laa dengan ayah aku .

malas nak bg taw ayah aku yg elaun dah masuk . 

tak boleh la aku nak paw duit dia . 

haaaaa , nampak tak permainannya . HAHA .



lambang kemegahan negara .

dah banyak kali datang KL ni . baru2 ni pun baru ja datang .

dan aku tetap berharap yg aku tak kena posting sini .

penat aku kalau kena posting sini .

nak jalan pun jenuh , apatah lagi naek kereta .

kos pun agak mahal . tak mau aku posting sini .


P/S : masih ada lagi dua tahun mengaji~

Thursday 23 May 2013

: : home sweet home

: : lega nya habaq hg lepaih exam niiiii .

otak aku dah penuh dan sarat dengan ilmu gara2 study last minit . HAHA .

mau tak nya  . esok nak exam , malam tu baru pulun nak baca .

tidoq pun sejam ja . tu pun macam tak tidoq .

then rasa menyesai pasepa aku tak study awai2 dulu .

tiap2 sem macam tu laaaaa . tok sah la hmpa nk tipu .

kan kan kan ? hehe .


so , skg ni aku pun dah ada di rumah .

indah nya bila ada kat umah ni . kan ?

macam2 ada . itu lah orang panggil "home sweet home"

cewaahhhh .


dan bila kat umah ni , aku rasa macam nak aktif balik berblogging ni .

lagi pun , lama dah aku tak blogwalking .

rindu pulak rasa nya . maklum laa , asyik sibuk jaa .

mana ada masa nak blogwalking .

cuti semester ni la aku nak mula balik . hee .


okay laa , nanti kan kemunculan aku dalam dunia blogging balik .

poyo habis ayat aku ni . HAHA .


P/S : er , macam lari tajuk ja :P

Sunday 19 May 2013

: : terima kasih

: : kebosanan . masih dalam minggu exam .

rasa berat ja nak study . malaih gilaaa .

so , saja nak share lagu . hehe .

boleh la hilangkan bosan seketika .

lagu ni tak dak kena mengena dengan aku taw . *maybe~


iamNEETA - Terima Kasih


[*] Tidak pernah ku rasa
Perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu
Ku berubah hidup kini
Penuh dengan senyuman

[**] Oh sayang datanglah
Ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku
Ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri
Amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati

Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga

Repeat [*] & [**]

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri
Amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati


P/S : terima kasih :')

Saturday 11 May 2013

: : study time

: : agak kelam kabut jugak la bila kita study last minit ni kan .

tetiba akan dtg rasa atau satu perasaan menyesai sbb study last minit .

then kita akan rasa yg kita tak nak wat lagi utk next semester punya exam .

tapi bila tiba ja exam semester lain , tetap buat benda yg sama . study last minit .

haihh , macam2 dugaan laa bila nk study ni .


laa ni dah hari sabtu . aku mula exam hari isnin .

bapak ahhhhh , ada lagi dua hari ja nk study weyhh .

hmpa bayang kan lah kalau ada dua hari ja masa nk study .

boleh jammed kepala otak nak masuk semua bnda .



gaya study tu memang ada . hee .


time futsal pun bawak buku .


overnight kat mcD . study situ kononnya . HAHA .


so , skg ni aku kena pulun la sikit nak study ni .

maklum laa , ada lagi berapa hari sangat pun nak final exam .

wish me luck !


P/S : halangan itu bukan alasan utk tidak study :P

Thursday 9 May 2013

: : final exam makin hampir !

: : tiba saat nya aku perlu mengemas meja .

yeahhh , semua nya demi final exam !

dah la aku tak start study lagi . agak bahaya jugak laa .

sebab nya final exam mula hari isnin depan .

sekarang dah hari khamis . ada berapa hari ja lagi . 



jadual exam .


hmpa tengok la betapa padat nya jadual exam kali ni .

agak2 nya boleh pecah kepala nak study straight macam tu .

sebab tu aku kena kemas meja skrg .

kalau study atas katil , er  paham2 la kesudahannya naa .


P/S : selamat study semua . study smart naa :D

Wednesday 8 May 2013

: : Wordless Wednesday #13

: : sad .


..........

P/S : wordless wednesday #13 = PRU #13

Monday 6 May 2013

: : PRU 13 tamat .

: : selesai sudah pilihan raya ke 13 .

fuhh . aku pun tataw nak habaq lagu mana .

sebab PRU kali ni memang diluaq jangkaan semua .

iya la kan , macam2 cerita dah aku dengaq .

isu mat bangla , dakwat kekal bapak nya la , blackout , peti hilang .

ohh , macam2 kan . hanya mereka dan Tuhan saja yang tau .


so , kita sebagai rakyat doa kan lah agar negara kita aman sejahtera .

doa kan lah agar negara kita berada pada landasan yang betul .

berada pada landasan yang boleh membimbing rakyat di dunia dan AKHIRAT .

doa kan lah agar negara kita bebas dari di serang anasir luaq .

sama2 kita pelihara negara kita .


dan kepada yang berjaya , tunaikan amanah yang diberikan .

anda merupakan wakil rakyat . anda wakil kami . dengaq la suara kami .

pabila kami bersuara , sampai kan kepada pihak yang sepatutnya .

utamakan kami , bukan kroni .

dan ingat , Tuhan sentiasa memerhati .


dan jangan lupa janji anda pada rakyat .

tunaikan !



tunaikan yea .


dan kepada rakyat2 jelata sekalian , terima kasih kerana keluaq mengundi .

selamat membayaq PTPTN yea rakan2 . 

dan selamat membayaq tol wahai rakyat2 jelata .


P/S : moga elaun pun dinaikkan laa . sesuai dengan tanggungjawab yg diberikan . hmm .

Thursday 2 May 2013

: : Kuala Lumpur !

: : kepuasan terjelma . kelas aku berjaya create lawatan p KL lagi .

hanya kelas aku saja yg p . memang seat dalam bas tu kami sapu habis laa .

dua seat , sorang saja yg punya . nk tergolek pun boleh . HAHA .


lawatan ni pun under en.hairi . bawah subjek dia .

kalau dah bawah subjek dia , memang p muzium laa .

muzium negara . aku pun tak pernah mai lagi tempat ni .


hmpa tgk la gambaq ni .

gambaq membawa seribu makna . cewahhh :D

tapi tak semua gambaq laa letak .

sat g ada orang stalk lebih lebih plak . HAHA .









okay , habis cerita kat muzium negara .

lepas p muzium , macam biasa laa mesti p PWTC .

wajib p kalau tetiba musim pesta buku mcm ni .


aku pun tataw nak beli buku apa pun kat sini .

dah la baucer buku aku habis dari hari pertama dapat lagi .

memang penat berjalan ja la . duk teman en.hairi cari buku dia ja .

dipenuhi dengan lautan manusia nya lagi .

punya la ramai makhluk2 Allah disini .

sesak aku dibuatnya . nak p mana2 memang payah .


elok ja aku rilek2 tgk ceramah pasai santau , tetiba aku terperasan sesuatu .

HELIZA HELMI .

sebelah aku saja masa tu . tgk sekali , rasa macam kenai .

tgk kali kedua , rasa macam bukan pulak .

kali ketiga punya , yakin memang dia lah tuu . HAHA .



waktu ni dia kat depan dah . hee .


tempat2 macam ni ja yg "kurang" orang nak mai .


pegang boleh , baca jangan . bagi free pun tak mau baca . hee .


aku pun tataw nak kata seronok atau tak p KL kali ni .

yang penting nya , kelas batal laa . itu yg syok kot . hehe .


P/S : membaca amalan mulia . tapi tgk buku laa . hmpa faham kan maksud ceq . hehe