Saturday 31 August 2013

: : Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-56

: : MERDEKA ! 

ya , syukur alhamdulillah .
sudah 56 tahun negera kita bebas dari cengkaman penjajah .
syukur jugak sebab negara kita masih aman . 
tanpa ada konflik dalaman yg teruk .
tidak macam negara2 lain yg masih berada dalam keadaan kucar kacir lagi .
dalam kesenangan kita ni , sama2 la berdoa yang terbaik buat negara2 Islam lain .
pray for Egypt , Palestine , Syria .
tak lupa juga kat saudara Islam yg lain di mana2 sahaja .



NotaKakiMaki : merdekakan jiwa . merdekakan dari anasir negatif .

Wednesday 28 August 2013

: : throwback Ganu 1

: : dalam kesibukan menyiapkan asgment , aku tak lupa dekat blog .
serius habaq hang , mana boleh lupa . kan ?

cewahhh . padahal dah berhabuk blog ni .
nak blogwalking pun tak sempat dibuatnya . 
er , kepada rakan blogger lain , ceq nak mintak maaf naa .
tak berkesempatan nak melawat blog hmpa semua .
waktu ni ceq sibuk siap kan asgment .
kalau ada masa , ceq terjah blog hmpa semua .

kali ni saja la aku nak post pasai PBS aku kat ganu tuu .
maklum laa , terasa syok kat sana tu ada lagi .
bak kata ayat novel , "sungguh ku rasakan diri ku masih di sana lagi".
wahhh , ayat kemain lagi . novel mana aku tibai pun tataw . haha .

PBS terakhir . lepas ni dah tak dak PBS .
lepas ni just tinggai praktikum saja .
semior kata semua tak seronok kalau bab praktikum ni .
tataw la cmna aku kena nanti . 
sebab tu aku nak enjoy ja PBS kali ni .

duk tgk budak2 wat kerja . 

saja  pusing2 . bukan aku mengajaq taw . hee .

masih perhatikan kerja depa . ustazah yg suh aku tolong2 mana patut .

punya lama buat , ni ja baru siap . byk sembang dari kerja -.-"

pray for Egypt :')

pray for Egypt :')

cumel kan budak2 ni . 

bab bergambaq , depa memang sakan . kalah aku dibuatnya . haha .

memang syok dengan depa ni .
nak bergambaq ja kerja nya .
asal jumpa aku ja , mintak gambaq .
aku pun layan ja la depa ni . 
biasa la kan , budak2 . comel2 blaka semua :D


NotaKakiMaki : assignment buat mata aku jadi panda -.-"

Sunday 25 August 2013

: : tamat perantauan di terengganu

: : ohh , berakhir sudah kisah jelajah aku di terengganu .
9 hari . tapi sebenaq nya rasa sat ja masa berlalu .
pejam celik , tengok2 dah kena naek bas nak balik ipoh .
dan hari ni aku dah ada di ipoh pun .

puas . tu ja dapat aku gambaq laa ni .
9 hari tu memang tak cukup sebenaq nya .
bagi aku , best jugak duk ganu ni .
banyak ayaq terjun , pantai cantik , gewe comel . ehh .
itu baru duk kat jertih besut sana tuu .
belum lagi p duk dekat tempat lain dalam ganu tuu .

PBS di ganu pun boleh dikira seronok laa .
walaupun ada part tak syok , tapi biasa laa tuu .
tiap2 sekolah ada ja benda yg kurang best .
yg penting , GB sekolah memang sporting .
terbaik der !

post kali ni aku muat kan sikit gambaq aku kat sana .
tak mau letak banyak2 . serabut nanti aku tgk . hee .

detik2 PBS di SK Padang Luas :)

hari pertama dah buat jamuan raya .
kita pun beraya sakan laa . macam tak sekolah ja satu hari :D

geng2 PBS kali ni . serius , ramai gila . tapi BEST .

budak2 pun baik2 ja :P

GB yg best . serius gua habaq lu .

kena ganti kelas . mengajaq sains  . ada rupa cikgu sains ka aku ni ?

darjah 6 dah ni taw .

ada yg berkenan ka ? haha .

cukup la takat ni post aku .
skg pun dah pukul 3.20am .
aku duk berjaga lagi .
jumpa di next post yea :D


NotaKakiMaki : comey2 kan gewe ganu ni . lalalalaa :P



Monday 19 August 2013

: : hari-hari di negeri orang

: : seronok merantau kat negeri orang . banyak pengalaman .
p negeri org ni pun sebab aku kena buat SBE atau PBS .
er , macam kena p skolah tgk2 cara cikgu mengajaq laa tuu .
PBS : pengalaman berasaskan sekolah . SBE tu omputih punya singkatan .
hmpa cari la sendiri kalau nak taw . hee .

kali ni aku ada kat Terengganu . ohhh , ganu kiteeee .
wat SBE kat umah Deli . dulu dia pernah mai wat kat umah aku .
so , kali ni saja la aku nak wat kat umah dia . 
alang2 , bleh la aku jenjalan kat kawasan  sini .
boleh la jugak usha gewe2 ganu ni . haha . *gurau ja .

awai pagi lagi aku dah bertolak dari manjung ke kuala kangsar .
letak moto kat umah rumate dulu .
senang nnti kalau aku nak ke Ipoh lepas balik dari Ganu .
lepas tu baru laa aku naek bas ke kota bharu .
aku ingatkan nak teruih ke kuala besut ja .
tapi dah deli kata dia boleh mai amek aku kat kota Bharu lagi baguihh .
murah sikit tambang bas nya .

perjalanan dalam bas masa nak p kota bharu

bas yg aku naik . okay  laa. layan jugak bas ni .

sampai ja kota bharu dalam pukul 5.30 ptg .
laju jugak la bas tu bawak .
takut aku dibuatnya . semua kreta dia nk potong .

esok nya deli bawak aku p mandi kolam ayaq panas .
fuhhh , layan der . kita tgh lenguh2 naik bas ni pekena ayaq panas mmg best .
sapa org ganu taw la kat mana tempat ni .
aku pun baru ja taw tempat ni .
selama ni tak penah dengaq pun nama tempat ni.

rendam kaki dulu . 

ni dah terjun ayaq panas . boleh tahan panas nya .

yg ni bahagian bawah dia .
suam2 macam tu ja ayaq dia .

haaa , welcome2 . jemput mai sini naa .

tataw nak jalan2 mana lagi kat sini . harapkan deli bawak ja laa .
maklum laa , tempat dia kan .  kita mna taw apa2 kat sini .
kalau dia nk bawak p mana2 , kita ikut ja . i follow~
aku kat sini nak cakap pun segan . pelik ja depa dengaq kita cakap loghat laen .
sat g kalau aku ckp loghat ganu , lagi pelik bunyi nyaa . haha .


NotaKakiMaki : gunakan kemudahan wifi di sekolah utk berblogging . NICE .


Wednesday 14 August 2013

: : again > Nilai

: : fuhhh . terasa kepenatan lagi badan ni .
ke Nilai dgn moto lagi . hantaq adik masuk ostel laa .
pasai pa la depa cuti sat sangat naa .
kesian kat depa . tak dan nak beraya sakan .
aku jugak yg sakan beraya . cuti mcm budak sekolah .
cewahh . hmpa jgn jeles plak naa . haha .

kali ni p Nilai naek moto adik plak . laju la sikit .
dulu dah bawak moto ayah hantaq letak sana .
entah psai pa dia kata nak bawak moto dia plak .
so , kena bawak moto dia p tukaq la kat Nilai tuu .
Nilai der . Manjung - Nilai boleh tahan jauh nya .

kalau p saja , tak letih sangat rasa nya .
macam dulu , p hantaq moto ja . balik dengan kereta ayah .
kali ni , p hantaq tukaq moto .
maka nya , perlu ceq bawak balik moto ayah tuu .

dgn adik aku . dah nak sampai Nilai .
ayah follow blkg . hee .

kalau dah sampai Nilai , kalau tak bershoping memang tak sah .
adik aku sakan cari tudung la , ibu plak cari karpet laa .
tataw la kalau aku dah kawen nanti cmna . syok jugak dpt bini kaki shoping kan . HAHA .

sesi tukaq kunci kata adik aku .
ayah duk gelak ja . hee .

masa nak pulang . 

berhenti sat . pasang lagu , minum livita , chewing-gum .
semua untuk hilangkan bosan dan mengantuk .
jauh der Nilai nak ke Manjung . sakit pinggang habis dibuat nya .

syukur , selamat sampai di rumah walaupun dah lewat malam .

bg aku , puas la rider jauh2 ni . seronok sbb pengalaman .
pengalaman buat diri aku matang .
pengalaman ajaq kita secara tidak sedaq .
dan satu lagi aku seronok maybe sebab jiwa aku memang macam ni kot .
dah la tak cukup tidoq nya . fuhhh . mncabaq sungguh .


NotaKakiMaki : hati-hati di jalan raya . ingat org yg tersayang ;)

Saturday 10 August 2013

: : Selamat Hari Raya !

: : masih dalam mood raya . nk update blog pun malaih2 lagi .
apatah lagi nak siapkan asgment dalam mood mcm ni .
so , aku letak ja la gambaq2 masa raya kemarin .

Sungai Petani :
mohon maaf dengan ayahanda .

yg ni part paling best . DUIT RAYA !

ibu yg sporting . hehe .

mintak maaf dengan ibu plak .

suasana kampung . nice ~

adik-adik aku yg paksa suh buat gwiyomi . malu iteww .

damia pun nak wat gwiyomi .

then , malu terus cari aku . so cute ~

puas la beraya kali ni . 
tak lama di sg petani sebab ayah kena kerja raya ke3 .
tapi ibu balik kampung di bagan datoh raya ke3 .
aku malaih nak ikut . esok baru p dengan ayah sekali .

yg ni terbaru :
Malaysia vs Barcelona .
1-3 . (Amri Yahya - Fabregas , Neymar , Pique)

nice game . padang no komen . maybe elok dari Bukit Jalil .
kat sana tu mcm bendang . dengaq kata player Barca ad injured .
based on game tadi , aku tgk macam gusti pun ada .
kesian kat player barca . banyak injured .
patut la depa tak mau bagi messi maen .
takut injured si messi tu . maklum laa , La Liga pun dah nak start .
mesti depa nk player depa sihat sejahtera menjelang game nanti .
selamat Malaysia tak jadi lauk Barca . HAHA


NotaKakiMaki : Selamat Hari Raya ! 

Wednesday 7 August 2013

: : Wordless Wednesday #19

: : sempena aidilfitri , khas buat hmpa semua :)


SELAMAT HARI RAYA!
mohon maaf andai kata ceq ada terkasaq bahasa , tersalah bicara .
moga syawal kali ni lebih bermakna .

P/S :
*jangan maen mercun naa . orang besaq mcm aku tak pa . HAHA .
*hati-hati pulang ke kampung halaman . ingat orang yg tersayang :)

NotaKakiMaki : Cuti dari Blogwalking sebab balik kampung ! bye !

Tuesday 6 August 2013

: : cinta ?

: : cinta ? aku cinta kau ?
sungguh ? tinggi kah cinta ku sama kau ? infiniti cinta ?

eh ehh . jangan salah faham plak .
saja ja aku wat poyo2 sikit .
ni lagu sebenaq nya . tak ada kaitan pun dengan aku .
muda lagi aku ni nak bercinta2 ni . cewahhh . 
tengah layan lagu ni der . saja nk kongsi dengan hmpa suma .

Infiniti Cinta : Zizan FT Kaka

Bermula kutemu gadis berkaca mata
Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita
Tinggi 5 3 laksana primadona
Terigau mimpi sini juga khayalnya ke sana
Pernahkah terdengar tiada dara yang ku renggang
Itu kisah ku dulu reputasi lamaku 
Seribu memurai usah satu pun kau percaya
Seribu menggadai kau satu sumpah setia

Cliche dihatiku kau bermaharajalela
Manifesto luput bila nafas henti hela
Tiada medan yang takkan kubanting yang kujuang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang

Korus:
Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
(Ku cuba menahan ketawa ku)
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu
(apa yang ku rasa kau dah tahu)

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku (2x)

Kan baru saja aku bilang
Ku mahu seru kau sayang
Hikayat kau aku
tanpa dia dan bayang-bayang

Diteraju kau aku
sutradara yang maha esa
tetap kau aku lintas bandar rentas desa
Dan apa pula kau mahu jelas satu-satu
Leraikan yang terbuku dan segala didadamu
Salam perkenalan yang disulami dua hasrat
Moga-moga kita kekal hingga ke akhirat
Seharusnya kita kekal hingga ke akhirat

[Ulang korus]


Apakah guna 
seorang raja tanpa permaisuri jelita di sisinya
(Ibarat jantung tiada degupannya)
Dan diri aku bisa jadi ratu kamu
(dan memang kau ratu aku)
Andainya kamu mampu buktikan padaku

Cinta bukan saja bukti
Ku uftikan cinta infiniti
Janji tak ditinggalkan tetapi ditepati
Kau istimewa tiada metafora setara
Jadi tiada metafora kerna kau tidak ketara
Tiada metafora kerna kau tidak ketara

[Ulang korus]

Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya
(One more time!)
Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya

Takkan ada lagi cinta yang setara
Kau dan aku.. kau dan aku

Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku (2x) 


NotaKakiMaki : aku cinta sama kau bha . . . *er , siapa ? .

Monday 5 August 2013

: : home sweet home

: : wahhh , syok nya bila ada kat umah ni .
memang home sweet home la habaq hg .
bila kat umah ni rasa macam assignment aku ni tak kan tersentuh ja .
fuhhh , dah la banyak asgment kena submit lepas cuti ni .
tapi penangan duk rumah memang terbaik .
sumpah , memang malaih habih nak wat asgment .

bila duk umah ni , rasa tenang ja . memang rilek .
tapi bila ibu suh wat kerja , aku akan turuti . cewaahhh .
haaa , hmpa jgn sesekali ingkar akan perintah ibu taw .
jgn malaih2 bila duk umah . tampaq lelaju sat g . haha .

lepaih sahur , terus bukak2 langsir .

ops memasang langsir balik bila pagi . 

setting baik punya laa nak raya ni . hee .

bila duk umah , kena la rajin sikit bab tolong2 ibu ayah ni .
baru la hidup ni berkat . kan ? hehe .

malam nya pulak kena teman adik2 plak p shoping .
teman shoping ? dak aihh , aku pun join shoping jugak .
mana boleh teman saja . rugi laaa .
entah berapa ratus aku habis bershoping .
tapi baju melayu tak beli2 lagi . haihhh .
tataw nak pilih kaler apa . maklum laa , kita ni single lagi . haha .
ada cadangan kaler apa ?


NotaKakiMaki : jadilah anak mithali . contohnya mcm sy . #puii

Friday 2 August 2013

: : shoping time

: : fuhhh . elaun dah masuk ,
 ini lah masa nya yg paling sesuai untuk aku habiskan duit .
elok pulak raya pun dah dekat , lagi banyak la aku membeli belah .
rasa macam nak beli semua ja yg aku nampak .
haaa , nampak tak permainan dia kat situ . HAHA .

aku pun tataw la berapa lama aku duk dalam JJ tuu .
itu baru p JJ . JJ ja pun setakat ni .
belum lagi aku p merentas desa dalam Parade atau Aeon sana tuu .
lagi la aku banyak belanja kalau p sana .
tak terkawal diri aku ni kalau nmpk benda yg aku nak .

antara yg aku shoping semalam .

itu pun dah habis berapa ratus aku beli benda2 ni .
baju melayu raya tak beli lagi . 
t-shirt round neck pun tak cari lagi .
belum masuk IT Fair dekat Ipoh ni .
tadi dah p jenguk2 , nak survey brg .
ada dah berkenan di hati . kompom esok p beli teruih .
dan esok jugak aku nak p shoping dgn adik aku plak .
haihhh , duit melayang senang betul kan .


NotaKakiMaki : er , ada sesiapa nak jadi penasihat sy ? HAHA .