: : akhirnya , selesai suda aktiviti aku utk sem ni .
boleh la aku kembali dgn blogging . wahhh !
last aktiviti > Jamboree International Johor .
banyak benda aku nk cerita pasai Jamboree ni .
memang tak sabaq nk cerita kt hmpa semua .
macam lctrer aku cakap , mula2 kita puji dulu . lepas tu baru komen .
haha . idea yang bernas jugak tuu .
tapi masalah nya , aku tataw nk puji part mana .
tak pa , aku cuba cari jugak laa part yang boleh dipuji .
firstly , beribu-ribu tahniah buat Johor sebab berjaya mengadakan Jambori ni .
negeri yang cantek , aman makmur , dan indah permai .
okay , dah puji ni. masa utk komen plak . komen utk Jambori ni la .
sebab aku sndiri melalui Jambori ni .
komen aku ni juga boleh kata kan sama dgn komen cikgu2 yg bawak anak murid depa join Jambori ni .
tak sia-sia aku sembang dengan depa . hehe .
firstly , aku nak komen pasai tempat atau penginapan .
semua nya di luaq jangkaan aku dgn member2 aku semua .
hmpa bayangkan la masa aku sampai tu , ada camp site yang baru nak tolak tanah .
jentolak pun ada baru nk letak tanah merah .
dah la hujan waktu tu . bukan main becak , berlumpur , lecah .
lepaih tu suruh kami semua pasang khemah dekat lumpur tu .
gila tahap dewa sungguh . last2 nya kami cabut lepak kat pondok ja .
aku tataw laa kat camp site lain macam mana .
penginapan dah la jauh dengan tempat aktiviti .
aku brjalan pun dekat 10 minit macam tu baru smpai kt kawasan aktiviti .
itu kalau jalan laju . kalau jalan makan angin , 15 minit boleh jadi tu .
tak mau komen lebih2 pasai penginapan ni .
nnti habis entry aku dengan komen pasai penginapan ja . HAHA .
kedua nya , aku nk komen pasai tandas dan ayaq .
haaaa , ini la antara masalah terbesaq yg melanda Jambori ni .
ayaq dah la ciput , tandas plak sikit .
hmpa bayang sekali lagi , masa aku smpai baru nk wat tandas .
sepatutnya , benda ni seminggu lebih awai dah siap .
mana boleh kita dah smpai , baru nak buat tandas .
orang dah la dekat 5 ribu yg datang . semua berebut nk guna tandas .
ada sekali tu aku kena tunggu dekat setengah jam nk guna tandas .
haihhh , jambori ni dah la peringkat antarabangsa .
ramai peserta luaq negara yang mai datang join jambori ni .
segan kita dgn negara lain bila jadi mcm ni .
okay , cukup plak bab tandas dan ayaq . bukak bab lain plak .
skg ni aku nk bukak part pengurusan plak .
yg ni aku nk rangkumkan pengurusan tugas , cafe , dgn aktiviti .
malaih nk cerita banyak . geram aku dgn pengurusan sini .
sebab nya bab tugas ni kami yg jadi urusetia . KAMI ?
yg tu aku tak kisah sangat . yg aku kisah pasai pa urusetia kena BAYAQ ?
dah la kena bayaq , lepas tu kena buat kerja .
sepatutnya , urusetia ni dapat bayaran . bukannya kena bayaq .
hmpa p la mana2 pun , ada ka org nk buat kerja kena bayaq ?
cafe pun tak taw nk habaq macam mna . bau nya kemain lagi .
dah la hidang makanan dekat situ , basuh pinggan pun dekat tepi tu ja .
memang bau nya menusuk hidung la .
aktiviti plak tak seperti yg aku bayang kan .
aku tak berapa kisah sangat sebab aktiviti yg depa buat ni bukan utk org dewasa macam aku ni .
walaupun ada aktiviti yg nk sangat aku join . hehe .
tp aku kesian kt budak2 yg join aktiviti ni .
ada aktiviti yg kena bayaq kalau nk dapatkan point .
tak sangka depa buat macam ni .
trdengaq ada sorg budak tu sembang , "aku dah habis duit dah . tak ada duit nk beli makanan".
sebak ja aku dengaq . kesian dgn budak tuu .
wahhhh , kemain lg depa buat duit . masuk poket baik punyaa .
cuba hmpa kira , kalau nk naik basikal kena bayaq RM5 .
lepas tu , ada 2 ribu orang nk naik . haa , kira la brapa ribu depa dapat .
mudah kan buat duit . haihhhh .
cukup la tu aku komen ni . yg lain biaq aku pendam ja dalam hati .
malaih nk bukak cerita pasai Legoland , kecurian , budak2 yg sakit .
stop . noktah .
anyway , saja la nk post gambaq aku sekitaq Jambori ni .
muka senyum , tapi hati meronta nak balik masa tuu . HAHA .
wall climbing . ni ja laa aktiviti yg aku main .
susah jugak rupanya nak panjat bnda alah ni . haha .
akhirnya , berjaya jugak . dgn pakai sluaq jeans nya . fuhh .
pengakap johor . naiss .
pameran yg budak skolah buat . okay laa .
dgn org ghana . jauh tuu depa mai . sempat la sembang dgn depa .
terasa nk beli satu . ayah , nak satu ? HAHA .
dgn pengakap cambodia .
letih buat kerja . *tp tak dihargai . krik krikk .
geng . terbaik dari kami . "sangat" . haha
lepaking dekat tmpt "scout got talent ."
satu2 nya gerbang khas JIJ .
aku rasa , cukup laa setakat sini ja aku komen .
kalau sembang , boleh la panjang2 . ni nk kena taip , malaih aku .
haha . hope depa akan buat post mortem laa .
terlalu banyak klemahan yg brlaku masa jambori ni .
cikgu2 pun pakat komen negatif ja masa sembang dgn depa .
NotaKakiMaki : menanti jambori sekali lagi ? kalau pintu hati terbuka~