Saturday, 19 July 2014

: : Pray For MH17

: : sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan berita yg sedih .
gempaq dunia pabila kapal terbang MH17 ditembak dan terhempas .
Allahurabbi , sedihnya tak terkata .
295 orang yg ada dalam kapal semuanya pergi meninggalkan kita .

aku sempat tengok video yang dirakam .
flight meletop dan serpihan terbang merata-rata tempat .
mayat pun bergelimpangan , ada yg tak dapat cam .
bayangkan lah macam mana teruk nya tu .
kes MH370 masih segaq lagi dalam ingatan kita ni .
skg MH17 pula menambah duka seluruh dunia .

takziah dan al-Fatihah bagi yang Muslim .

lagi sedih bila mana salah seorang yg berada dalam kapal MH17 tu abang kawan aku sendiri .
tak sangka bila ia berlaku dekat orang yg rapat dengan kita .
kena pulak , kawan tu sekali praktikum dengan aku ni .
baru ja gelak tawa sekali di sekolah , tetiba datang dugaan yg besaq .
bergegas dan tidak mai sekolah dia hari ni .
tak dapat bayangkan perasaan dia macam mana .
Fia , banyak kan bersabaq dan moga tabah menghadapi dugaan ini . 
aku simpati dengan apa yg berlaku . 
sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat abang kawan aku ni .


NotaKakiMaki : sedih , al-Fatihah :'(

Thursday, 17 July 2014

: : RPH ohh RPH

: : praktikum kali ni aku rasa amat mencabaq .
mana tak mencabaq nya , kali ni aku kena mengajaq arab jugak .
perghhh , habis pening kepala otak aku duk pikiaq arab ni .
dah la nk buat RPH arab pun terkontang kanting . 
nak mengajaq lagi laa aku duk pening , sampai garu kepala laa ni . 
banyak sungguh dugaan semester ni . fuhhh .

tahun 4 KSSR , mencabaq woiii .

kali ni aku dapat geng baru . mujuq ada geng lain yg skali dgn aku di sekolah ni .
tak laa bosan sangat kalau brdua dgn partner aku tu jaa .
best laa bila dapat geng yg sempoi macam depa bertiga ni .
sembang2 , p balik semua sama . itu setakat ni laa , lepaih ni mmg balik sndiri la . HAHA .

F

awe

fia lola

eynmya

kiko

tudiaaa , nama glamer depa . kemain lagi kan . hehe .
petang ni dah la ad mesyuarat . hambekk la hg . 
entah jam brapa la nk habis mesyuarat tuu .
aku dah la mengantuk gila nya ni . nak taip entry ni pun rasa nak terlena ja . 
eh ehhh , masa untuk aku siapkan RPH dah ni . 
dan entry tak boleh panjang2 , nnti RPH entah kemana plak . 


NotaKakiMaki  - hargai lah pergorbanan guru2 . miss youu !

Tuesday, 15 July 2014

: : newbie di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Simpang Pulai

praktikum kembali lagi . aduyaaiiii .
masa untuk menimba  pengalaman mengajaq di sekolah .
kali ni aku ditempatkan di SK Taman Bersatu , Simpang Pulai .
1st impression , ini sekolah yg agak mencabar .
maklum laa , sebelum ni aku cuma mengajaq di SJKC .
kali ni dapat di Sekolah Kebangsaan .
sapa laa tak cuak bila kita berubah suasana dan keadaan .
perlukan masa jugak laa untuk biasakan diri dgn persekitaran yang baru ni .


masa mula2 jenguk sekolah ni .
agak kelam kabut jugak laa aku dibuatnya .
banyak benda yg aku tak siapkan awal2 .
dan banyak jugak benda yg aku tak sempat nak print .
ini gara2 printer rosak laa ni . malaih dah aku nk repair .
kesudahannya , aku beli baru ja printer ni . 
hambekkk hg . memang puas hati dan puas duit la . HAHA .

jadual yg aku dapat pun agak meletihkan .
tak syok sangat jadual aku kena ni . 
mgharapkan ada perubahan jadual lagi laa . 
dan perubahan jadual yg lepaih ni aku harap tak bebankan aku .

bersama partner yg kental dan tabah . puii . HAHA

 RPH oiii , awat leceh sangat . haihh .

perhimpunan Isnin . ramai jugak murid kat skolah ni .

so , skg ni masa untuk aku siapkan fail dan RPH untuk esok .
yg RPH tu aku cuma nak buat draf ja laa dulu .
ingat nk tengok cikgu tu mngajaq , then next class baru aku plak yg amek alih kelaih tu .
sbb seblum ni aku kan mngajaq SJKC . rasa janggal plak di SK ni .
hope diperkenanlah permintaan aku ni. hehe .

apa2 pun , selamat praktikum jugak buat kawan2 lain di luaq sana .
buat yang terbaik , jgn tangguh kerja macam aku ni .
kalau tak , memang jenuh laa nk cover balik .
sampai cuti pun terpaksa korbankan utk siapkan kerja .


NotaKakiMaki : letih gila bila praktikum ni . nak rehaaattt !