Sunday, 15 May 2011

: : mengecewakan itu satu kepuasan ?


Tulisan manusia beku.



Jujurnya dia adalah lelaki yang jauh sekali dari maksud kesempurnaan itu sendiri. Dia tahu maksud sempurna dan pastinya sebagai manusia biasa yang punya sifat tamak pada semesta, lelaki dingin itu pernah mencari apa yang dimaksudkan dengan kesempurnaan. 


Natijahnya? Itu semua adalah kecelakaan yang membawa kepada zahir sebuah kehidupan. Tiada siapa yang sempurna kecuali Tuhan Yang Satu. Itu dia dan sesiapa yang membaca pasti sudah tahu.



Dalam kegembiraan pastinya ada kesedihan.


Mencari kebahagiaan sendiri pastinya dambaan bagi setiap manusia yang punya keinginan untuk kekal sejahtera. Tipulah kalau sesiapa tidak mahu bahagia. 
Sorotan kisah manusia setiap hari yang mendatang dan menjadi bahan bacaan kadangkala membuatkan diri ini tertanya-tanya apakah suatu hari nanti bakal terjawab segala rahsia tulisan takdir selepas nyawa ditiupkan ke alam manusia. 


Semoga rahsia yang masih kekal terpelihara itu akan membawa ke suatu tahap yang bisa buat hati melimpah ruah dengan nilai yang mulia.




Aku percaya, apabila kita mahu menulis ceritera hidup kita sendiri, pastikan kita adalah pengarang terbaik yang memegang pena penuh jiwa. Kisah kita, biarlah kita yang mencoretnya


Satu demi satu layangan kartu penuh tulisan berbunga mengunjungi aku. Anehnya ia sudah bermula sejak di akhir pengajian semester 1 dan berterusan sehingga ke hari ini. 


Bahkan, bilangan yang bertambah sejajar dengan peningkatan usia serta kematangan manusia lain disekeliling aku. Kartu jemoutan yang biasanya penuh makna dan ayat yang memikat hati untuk mengalukan kedatangan manusia beku ini ke majlis walimatul urus meraikan mempelai yang menyulam janji.

Tidak.


Belum lagi hati manusia ini berasa sedih menerima undangan satu persatu. Selalunya sedih menjelma bila menyedari tidak dapat memenuhi undangan teman-teman yang masih mengingati walaupun perkenalan singkat dan tidaklah begitu mesra. Ah, ingatan itu masih yang terbaik bukan? 


Dan ternyata, ingatan itulah yang membawa kepada kerja keras untuk aku mengingat kembali kehadiran seorang kawan yang ternyata pernah terselit di dalam perjalanan hidup aku suatu ketika dahulu. Persinggahan yang bersifat sementara, syukur, aku masih mengingati walaupun terpaksa diceritakan beberapa kali.




Coklat.


Hidup ini macam sekotak coklat.
Coklat itu lebih murah daripada terapi dan kita tidak perlu mengadakan temujanji.


Dan aku, bukan mahu bicara tentang coklat.
Tetapi kaitannya dengan sebuah cerita, seorang manusia.


Aneh bila ada manusia yang sangat psikopat dengan melihat kesedihan orang lain adalah sumber kegembiraan mereka dalam hidup. Apakah kehidupan itu terlalu murah?


Pengalaman akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan kita berjaga dan menjadikan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih terleka. 
Dan dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian kita itu, tidak mustahil akan ada hati yang terguris sakit dengan betapa kejamnya kita bertindak sebagai manusia.



Nah!

Aku sudah nyatakan bahawa aku sendiri tidak sempurna. Kalau mahu menegur sekalipun, kalian pastinya dengan sewenangnya akan mencemuh dan mengutuk kan .

Ah, aku tidak akan tahu bukan?





Tapi, konsep karma itu selalu terjadi.

Ya, kau boleh kata aku kejam, keji dan sebagainya. Tetapi mungkin disebabkan aku sudah terlampau banyak berjumpa dengan manusia dalam hidup aku serta akan berjumpa pelbagai jenis manusia setiap hari, aku memang tidak menerima benda begitu dalam hidup aku.

Bila orang kata hidup ini ibarat pusingan roda, atau tayar atau planet sekalipun, terimalah hakikat bahawa secara saintifiknya, benda yang berada di atas akan turun ke bawah juga bila tiba dan saatnya. 




Hukum alam serta nasihat agama juga telah terselit peringatan ini semua. Dan aku, hanya cuma dapat berkias untuk menyampaikannya.





Kawan, tidak ada yang salah dengan cinta.
Kamu berhak memilih sesiapa sahaja.

Tapi, dalam perjalanan mengejar erti bahagia, jangan jadi manusia celaka dan berbahaya.


Berapa banyak hati manusia yang kamu injak dengan megah?
Kesal aku kawan.

Kesal.



Satu dalam sejuta.
Gunakan sebagai kata pemikat hati sang pencinta.
Pertama, kedua, ketiga dan entah keberapa.
Masih modal yang sama.
Kaku.
Beku.
Sayu.
Pilu.

Kamu boleh ketawa gagah dan megah.
Tapi jangan lupa satu perkara.
Hidup ini ibarat roda.
Karma

1 comment:

Encik H said...

Aku rasa ini antara terbitan penuh jujur yang aku baca..

Maksud aku, setakat ni la..