Friday 31 January 2014

: : Gong Xi Fa Cai !

: : khas entry ni buat semua sahabat chinese aku .
Gong Xi Fa Cai ! 
Happy Chinese New Year ! 
Selamat Tahun Baru Cina !
yang bhasa lain tu , hmpa p translate sendiri laa .
google translate kan ado . HAHA . 

tahun kuda pula :)

Tahun Baru ni punya la banyak limau depa bagi .
kalau macam Tahun sebelum ni , ada jugak family aku beli sndiri .
kali ni , tak payah beli . belambak dah kat umah .
sampai 8 kotak dapat macam tu jaa .
itu ada yg nak bagi lagi tuu . cuma ayah tak mau amek .
sapa pun la yg makan kat umah ni .
family aku pun tak mampu nk habis kan semua ni .
banyak sangat kot . mmg aku bawak balik ostel laa . HAHA .

comel ja gambaq kat google ni .


NotaKakiMaki : nak ang pow bulih ? hihi

Wednesday 29 January 2014

: : Wordless Wednesday #30

: : akhirnya , masa yg ditungu2 sudah tiba .
yeyeahhh , cuti kembali lagi . HAHA .

Faiz Hafizy in da house !


NotaKakiMaki : gunakan masa sebaiknya . kita enjoy !

Sunday 26 January 2014

: : doktor lagi ?

: : punya laa lama aku batuk . sejak bulan 11 lagi .
tapi batuk yg sikit2 laa . bukan selalu batuk kuat .
cuma ada hari tetiba dia mai batuk kuat . 
tapi kebiasaannya laa , aku batuk jenis slow laa .
dalam 3-4 hari lepas laa , makin teruk batuk aku ni .
dengan selsema nya pun mai skali .
satu hari yg sungguh menguji aku . .

dah laa kena batuk kuat dgn selsema , demam plak mai jugak .
gila laa dibuat nya . hmpa bayangkan betapa terseksa nya aku waktu tuu .
nk bernafas pun susah , kena bernafas guna mulut .
time nak tidoq , mmg terseksa laa . tak nyenyak punnn.
nak ponteng kelas , malaihh plak . 
sebab aku bukan suka sangat nk ponteng kelas ni .

kesudahannya , p la jugak klinik walaupun tak suka .
faham2 laa bila p klinik ni kan .
mind set pun lemah sebab tgk org lain yg sakit jugak .
tak pasai2 kita pun terasa lg teruk sakit nya .

muka tak bermaya ja . 

x-ray tangan yg masih sakit smpai skg .

dada pun x-ray sbb takut kena tb .

mujuq laa tak ada apa2 yg teruk sebab doktor takut aku kena tb ja . 
dah ada kes budak sini kena tb atau nama sebenaq nya TUBERCULOSIS .
(jenuh duk gogle tgk nama penuh beliau . haha.)
tu yg doktor suh x-ray dada tu . dlu pun pernah x-ray jugak .
tp zaman sekolah menengah dulu laa .
alhamdulillah , tak dak apa yg bahaya .

cuma tangan ja laa yg masih sakit . pedihh gila pergelangan tgn ni .
kalau nk tekan , memang tak boleh . sakit gilaa .
sem lepas dah p x-ray , doktor kata tak da apa pasai tulang .
bila aku check baru ni , doktor tu suruh aku p hospital Ipoh check dgn pakar .
dia suruh jumpa doktor orthopedic . 
tapi smpai ke sudah aku tak p pun . HAHA .


NotaKakiMaki : jaga kesihatan anda . ingat org yg tersayang :)

Wednesday 22 January 2014

: : Wordless Wednesday #29


siapa sangat la aku ni .
tak dak apa2 pun . 


NotaKakiMaki : segala nya berkemungkinan .

Monday 20 January 2014

: : kuota internet tamat

: : alahaiii , malang nya laa nasib badan oiii .
camna laa kuota internet boleh habis awai plak .
selama ni punya la jenuh nak habis kan .
download itu laa , ini laa , bukak online streaming laa .
tak pernah nak habis pulak kuota ni .
tapi bulan ni habis la plak . ni yang agak musykil ni . 

masalahnya lagi , hari ni baru 20 Januari .
banyak hari lagi kena tggu nk masuk kuota baru .
haihhh . ada 8 hari lagi nk kena tunggu tuu .

kuota ohh kuota . haihh .

jenuh laa aku nk blogwalking lepas ni .
kena tggu kuota baru mai la baru senang nk blogwalking .
ni nk bukak blog sndiri pun jenuh tuggu loading .
yg nk buat entry baru pun kena tunggu loading jugak .
hmm . cepat laa kuota baru mai . hee .


NotaKakiMaki : kuota diri sendiri masih kosong . ehhh :P

Sunday 19 January 2014

: : ohh , typical Malaysian

: : aku pun tak dak komen bab ni .
biasa la kann , "TYPICAL MALAYSIAN"
tapi sememangnya benda ni terjadi pun .
aku rasa bukan aku ja yg terkena , hmpa pun mesti ada yang terkena kan .
ni salah satu benda yg biasa laa .

haihhh -.-"

aku pun serba salah nak jawab soklan ni .
bila jawab tak ada , depa kata "dah besaq pnjg ni , tak kan tak dak lagi"
bila jawab ada , itu la jawapan nya pulak . "bila hg nak kawin ?"
alahaiiii , macam mana nii . ada jawapan lain tak ?
bg aku kalau dah jodoh , tak ke mana juga jawab nya .
sabaq ja laa menanti ^_^


NotaKakiMaki : merenung jauh lagiii . . . . 

Friday 17 January 2014

: : mai lagi CPUV Nuffnang

: : aku rasa laa , macam tak pernah ja buat entry khas utk Nuffnang .
so , kali ni saja ja laa aku nk buat khas satu entry utk depa .
maklum laa , banyak kali juga CPUV Nuffnang melekat kat blog aku .
entah kali berapa puluh entah CPUV mai sangkut .
syukur bila tengok ada lagi iklan CPUV Nuffnang sangkut kat blog aku .

setakat yang terbaru ni , ni la CPUV yg melekat dan bergerak .
Taylor's Phase 2 dgn Caltex Journey Card .
walaupun tak banyak mna pun earnings yg aku dapat , tapi bersyukur laa .
sekurang2 nya , ada jugak benda yg masyuuukkk :D


haa , tak lupa jugak jutaan terima kasih buat semua yg mai jenguk blok aku .
tnpa hmpa mna mungkin aku dapat macam ni .
thanks yea sudi blogwalking blog ni walaupun bosan ja . HAHA .


NotaKakiMaki : ingat wahai kawan2 , yg bagi rezeki itu Allah :)

Wednesday 15 January 2014

: : Wordless Wednessday #28


maafkan aku . aku tidak sempurna .


NotaKakiMaki : kita tidak lari dari buat kesalahan . maafkan mereka , maafkan aku :)

Tuesday 14 January 2014

: : Salam Maulidur Rasul

: : salah satu tarikh yang amat bemakna buat para penganut beragama Islam .
12 Rabiul Awal Tahun Gajah , lahirnya seorang Rasul dan kekasih Allah di atas muka bumi .
membimbing umat manusia ke arah jalan yang benar .

jom sama-sama kita berselawat :)

terkejut bila dapat berita , ayah kpd classmate ceq pergi menyahut seruan Ilahi .
inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah classmate ceq .
moga ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh . Amiinn .
bersabaq laa wahai sahabatku Fazuan .


NotaKakiMaki : sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW .

Friday 10 January 2014

: : Salahkah

: : lagu yang mana bagi aku sungguh bermakna .
melodi nya indah menusuk jiwa .
lirik nya pula menyimpan seribu satu tanda tanya . 
aku terasa bagaikan diri ku di dalam kisah nya .
cewahhh . ayat gila tahap dewa jiwang karat nya . HAHA .

macam biasa laa , aku nak share kt hmpa sebuah lagu .
tak dak kaitan kot dengan kisah hidup aku .
ehh , entah laa  . mungkin ada kot . tp macam tak dak .
biaq ja laa . saja ja aku duk merapu . hehe .
Salahkahku . lagu Hafiz Ft Rossa .
mesti hmpa suka dengaq kan lagu depa ni .

haaa , skg hambek kauu . dengaq la kuat .
biaq retak dinding kat tepi hmpa tuu . 

Hafiz Ft Rossa : Salahkah

Lirik : 
Salahkah ku bila mencintamu sepenuh hati
Sedang ku tahu pasti keluarga tak merestui

Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan
Sampai saat nanti tiba
Waktu merestui cinta yang terlarang
Untuk kita berdua

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
Berat rasanya ku dapatkan semua
Dari situ ku sedari mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa ku miliki

Salahkah ku bila mencintaimu
Mencinta sepenuh hati

Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan
Sampai saat nanti tiba
Waktu merestui cinta yang terlarang
Untuk kita berdua

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
Berat rasanya ku dapatkan semua
Dari situ ku sedari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa ku miliki

Salahkah salahkah
Salahkah salahkah ku

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua
Dari situ ku sedari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa ku miliki


NotaKakiMaki : aku happy bila tgk orang lain pun happy :)

Wednesday 8 January 2014

: : Wordless Wednesday #27

: : it's okay and i'm okay .
jangan bimbang sebab aku faham :)

hmpa pernah kn dengaq ayat ni ;
Utamakan perkara yang lebih penting daripada perkara yang penting , 
kerana perkara yang lebih penting itu adalah penting daripada perkara yang penting


NotaKakiMaki : masih merenung jauh . jauh . dan jauhhh . hmm .

Tuesday 7 January 2014

: : aku keletihan

: : jadual kuliah yang boleh tahan padat nya semester ni .
serius aku habaq , baru brapa hari ja kuliah start aku dah letih tramat nya .
habis ja kelas , balik bilik memang terlentang laa aku atas katil .
fuhhh , memang nikmat bila dapat golek2 atas katil ni .
buat aku terasa hilang beban seketika bila dapat jumpa katil . haha .

dah la jenis aku dalam kelas susah nk fokus lcturer mengajaq .
ada ja benda yang aku nak buat . percayalaahhhh .
sat aku rasa nak conteng itu laa , main game laa , tgkap gambaq laa .
kalau tetiba mai mood rajin sikit , baru la nk salin nota .
kalau aku tak buat apa dalam kelas , mengantuk plak mai .
kan aku dah habaq , ada ja dugaan mai masa belajaq .
ohhh , syaithooonnnnn !

kan aku dah habaq , aku tak leh duk diam . HAHA .

ada misai nampak matang plak . nice . .

ini baru berapa hari kuliah ja ni , dah jadi macam ni .
tataw la cmna hari mendatang . ahhhh .
aku sendiri pun tak dapat bayangkan . .
kena siap sedia fizikal mental ni . 
haa , jgn lupa siapkan gula2 nak kunyah dalam kelas . HAHA .


NotaKakiMaki : merenung jauhhhh . hmm .

Saturday 4 January 2014

: : Rendang Tak Berbuah

: : melayani perasaan . aku keseorangan diri . cewaahhhh . HAHA .
tak dak apa laa . saja ja . bosan sangat pun .
saja nk share sebuah lagu . sebab aku ni memang suka dgn muzik .
tapi tengok lagu jugak laa .
ada sesetengah lagu sekarang ni mengarut ja .
ada yg ciplak luaq negara punya , lirik entah kemana .
melodi berterabuq pun ada .

tapi rasa nya hmpa dah biasa dengaq lagu ni kot .
lagu Hattan - Rendang Tak Berbuah .
best kan lagu ni . feeling habis der kalau dengaq .
tapi kali ni aku share lagu yang sama . cuma dinyanyikan oleh orang lain .
sebuah team nasyid . sungguh layan depa bawak lagu ni .

UNIC - Rendang Tak Berbuah

LIRIK :
Sunyi tenggelam , terlantar dalam telanjang ,
Di pintu rindu , hidup dan mati , 
Di sisiku

Sakit yang datang , menguji kasih dan sayang
Antara merendang semalam
Mungkin tak akan berbuah

Hanya meneduhkan , Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara

Begitulah hakikatnya oohh , Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat , Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

Ibu mengertilah  aku sengsara
Lemas berendam  air mata
Rendang kasihmu dalam gelora
Jadi rebutan selamanya

Berikanlah pengertian waktu ku di hujung jalan
Berbicara bahasa Tuhan yang penuh penyesalan

Manapun aku berlabuh pastinya untuk disambut
Biarpun tak bersungguh , biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu

Ibu mengertilah aku sengsara
Lemas berendam air mata
Sakit kurasakan jadi peneman
Masa semalam yang silam~

Rendang kasihmu dalam gelora
Jadi rebutan selamanya woohoo


NotaKakiMaki : inilah hidup aku . sebab aku adalah aku .

Friday 3 January 2014

: : semester baru

: : baru hari pertama kuliah , dah terasa penat nya .
mengantuk jgn habaq laa dalam kelas td .
bukan main lagi aku duk tahan mengantuk dalam kelas tuu . 
maklum laa , lama sangat cuti ni . tidoq lewat ja hari2 .
bila dah mula kuliah , baru rasa perit nya macam mna .

haihhh , padat sungguh jadual semester ni .
tak dapat bayangkan macam mana lepas ni .
mungkin sebab nak praktikum kot nnti .
tu laa jadual pun padat ja . depa ganti awai siap2 .

jadual semester ni . peninggg~

aku rasa letih tu kompom dah . tgk la jadual mampat gila .
betapa susah nya nak jadi cikgu ni . fuhhh .
dengan pelbagai ragam murid nya lagi bakal ditempuhi .
sangkut kepala dalam kerusi nya laa , serangan ibu bapa la .
itu lah realiti guru sekarang . 
(ehh , macam luahan hati plak . haha)
tapi yg penting nya , mujuq laa jumaat petang x dak kelas .
kalau ada kelas jumaat petang , itu satu musibah besaq bagi aku . haha .

pehhh , kemaihh ayat dia . aku suka !


NotaKakiMaki : mula study dah . (okay , tipu ja)

Thursday 2 January 2014

: : Al-Fatihah

: : 1 Januari 2014 , jam 10 pagi dapat panggilan dari roommate .
ehh , awat dia call pagi2 . pelik tu x dak laa sangat .
cuma aku ingatkan dia nk masuk bilik tp aku kunci pintu ka apa .
tak perlu la call . p ketuk pintu aku bukak la .
maklum laa , malam tadi ada nampak moto dia kat garaj .
orangnya x dak pun kat bilik . mana la nk taw tidoq bilik kawan yg lain .

rupa-rupanya jangkaan aku meleset . 
Ya Allah , terkejut nya aku bila dia kata yang ayah dia dah tak dak lagi .
ayah dia dah pergi mengadap Ilahi . ohh Tuhan , aku pun tak terkata apa .
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un .
moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh .
bersabaq wahai roommate , tabah kan hati mgharungi dugaan ni .
setiap perkara yang berlaku , ada hikmahnya .

aku taw ni la antara dugaan terbesaq yg akan kita semua lalui .
"kehilangan orang tersayang" .
aku pun tak dapat bayangkan kalau orang yang aku sayang pergi meninggal kan aku buat selamanya .
sedih toksah habaq laa . sebab tu aku tak dapat bayangkan kalau prkara ni jadi kat aku .

haa , kat sini aku nak pesan kt hmpa semua . dengaq baik2 .
"hargailah dan sayangilah orang yang tersayang".
itu la perkara yang paling penting . jangan la abai kan mereka .
luangkan masa bersama mereka .
jangan bila depa dah tak dak , baru menyesai tak sudah .
tak dak guna nya lagi masa tu .

mari kita sedeqah kan Al-Fatihah buat arwah ayah roomate aku .


NotaKakiMaki : orang hanya hargai bila sudah tiada .

Wednesday 1 January 2014

: : Wordless Wednesday #26

: : berlalu sudah 2013 . segala kenangan terpahat dalam ingatan .
2014 mendatang . aku perlu hadapi nya dengan segala kekuatan .
moga ianya tahun yang indah . seindah mungkin .

welcome 2014 ;)


NotaKakiMaki : ada banyak benda aku nak cerita pasai malam tahun baru .
tapi aku rasa biaq la sekadar entry Wordless Wednesday .