Saturday 31 December 2011

: : detik terakhir bersama 2011

: : sedar tak sedar , tahun 2011 ni dah sampai ke penghujung nyaa . today is the last day of 2011 . sob3 . .


yup . memang kejap ja masa berlalu .

tak sedaq yg SETAHUN suda masa berlalu .

aku pun tataw apa yg aku wat dalam setahun ni . bukan sekejap stahun tu . tapi rasa sekejap nyaa .

banyak kenangan indah , kenangan pahit dalam tahun ni .





sumpah . sedih nak tinggal 2011 ni .

ye la kan . umur aku pun lepas ni masuk laa PULUHAN . tak dak dah BELASAN .

lepas ni kalau orang tnya umuq , segan nak cakap . nmpak da tua . hehe .



disebab kan 2011 dah nak tinggai kan kita , so para blogger yang pakai shoutmix tu cepat-cepat laa tukaq shoutbox anda .

aku baru jaa tukaq yang laen .

skarang ni baru nak cuba fibox . entah laa cmna gaya nyaa .

testing dulu . kalau okeh , aku terus gunaa laa .

x berminat sangat dengan cbox ni .



ni laa fibox . hee (:



aku pun tataw nak taip apa lagi .

kepala duk melayang-layang dah . kul 5.30 pagi tak tidoq-tidoq lagi .


moga-moga tahun 2012 , tahun terbaik buat aku .

dan aku takkan lupa kan kenangan manis pahit 2011 . aku akan simpan sebagai pengajaran untuk aku lalui pada masa akan datang .




*P/S : ni last entry untuk tahun 2011 . so , aku nak pesan jangan masuk tandas pukul 11.59 malam ni . nanti hmpa terkejut bila kluaq , bukan lagi dalam tahun 2011 . #fbpunyaayat . haha .

Wednesday 28 December 2011

: : membaiki header yang buruk .

: : ohh . wth ~ tak sedaq yang jam dah pukul 5 PAGI ! !
*mcm laa tak biasa tidoq lepas sbuh~ 

tu laahh , duk asyik sangat wat header ni . . fuhhhh ~


JENUHH ! *kononnyaa laa .

emm , maklum laa . aku ni bukan laa pandai sangat nak buat atau reka-reka header ni . lagi pun , aku bukan orang "berseni" sangat pun .

laen laa hmpa . pandai nak wat tu , pandai nak wat ni .

aku ?

pandai-pandai ada laaa . hihi .

lagipun , bab-bab nak tempah-tempah ni , memang aku tak mampu . yang aku mampu nya , jahanam kan blog ja .

yang ni memang aku pro .

so , terima laa seadanya . kan ?




ni header aku guna sebelum ni .


sebelum aku guna header ni  , aku ada guna yang lain punya . *kalau hmpa perasan laa .

then , template aku rosak . tataw sebab apa . tu yang aku wat header ni . 


tadi boring-boring plak . al-maklum laa , tengah cuti sem kan skrang ni . tataw nak wat apa .

entah tiba-tiba tangan ni menggatai nak wat yang laen . 

maka terjadi laa header yang buruk ni >



*p/s : maaf , header tak secantek mcm hmpa punyaa .


aku main buat jaa . ikut naluri ~ cewaaahhh .

harap dengan blog yang tak seberapa ni , hmpa suda laa jenguk-jenguk . 


okeh ?



*P/S : aku still baru dalam blogger . tak cukup umur baligh lagi taw dalam blogging ni
so , ada apa-apa pesanan , nasihat atau teguran untuk aku , aku terima dengan terbuka . 

tenkiu ! muaaahhh <3

Monday 26 December 2011

: : blog kena hack~

: : perghhh . memang terkejut beruk dibuat nyaa . kecut dibuatnyaa .



tetiba ja kena hack . er ,bukan blog aku yg ni . tapi blog aku satu lagi .

aku taw , blog tu bukan ada apa2 pun . cuma blog perkongsian ilmu saja . tapi kenapa perlu hack blog tu ?

salah ka aku brkongsi ilmu dengan orang lain ?

lebih-lebih lagu ilmu yang brmanfaat utk semua . .



emmm .

 aku tak marah . geram pun tak da . cuma aku agak terkilan jugak laa .



blog tu memang aku buat khas utk kongsi pndapat . apa2 ilmu atau maklumat , aku akan share kan ke blog tu . bak kata orang "sharing is caring" . kan ?

so , aku seperate kan antara blog peribadi dengan blog prkongsian maklumat .


ni dia blog aku masa kena hack >



masa kena hack .


then , aku p laa ke page yg depa suruh tu . utk mintak balik blog yg depa hack tu .

x lama lepas tu , depa bagi balik blog tu . kalau kita mohon cara baik , baik jugak laa cara depa pulang balik .


depa mintak 2 minit utk pulang kan .
    dalam masa tu , aku nak tgk laa apa yg jadi sebenarnya dkt blog yang kena hack tu .



depa cuma amek coding  blog rupanya . *klau x silap aku laa .



walaupun macam tu , sebenarnya agak bahaya juga laa sebab depa dapat hack blog kita .

macam mana leh masuk kalau tak kantoi password kan .

msti dah kantoi . .



x lama lepas tu , depa wat kembali seperti biasa .



motif kena hack memang aku tataw .

tapi aku terhibur jugak laa . mengingat kan aku supaya lebih berhati-hati laen kali .

ni kira baguih jugak laa sebab dapat balik blog tu .


ni link blog aku satu lagi . segala prkongsian maklumat dan ilmu aku post kan dalam blog ni >




*P/S : hati-hati laa dalam berinternet sekarang ni .


mudah sangat nak kena hack . lagi2 facebook tu . gambaq duk tayang sana , tayang sini . dah kena hack , baru menyesaii tak sudahh .

Wednesday 21 December 2011

kau ilhamku :)

: : fuhhhh . kesyahduan lagu ni memang betui2 mengancam . sedap sangat2 :')

hmpa layan laa lagu ni .

aku tataw nk kata apa .


kau ilhamku by man bai .





Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul 
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau pun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini 
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...


Saturday 17 December 2011

: : lawak kampus > ketika dilanda bosan

: : boring kan kadang-kadang tu . sampai aku pun tataw nk wat apa .


tapi aku terhibur bila baca lawak2 ni .

walaupun dah baca dalam komik , tapi tetap terhibur .



























credit > gempak starz


amacam . ?

nak lagi ? haha .

Friday 16 December 2011

Segmen | Jom Jadi KAWAN!


: : join jom ~



klik banner lau nak join :)


Wednesday 14 December 2011

: : jatuh talak tiga . BYE-BYE SHOUTMIX !

: : laa ni pakat kecoh gara-gara shoutmix free dah takda . nak guna ,  kena bayaq laa .

tapi bukan sekarang , bulan depan .

:D



aku pun naek pening nak pakai shoutbox apa lepaih ni .

sebab selama ni aku setia jaa dengan shoutmix .


tiba-tiba . . .

shoutmix wat pasai . kena bayaq plak lau nk guna .

haisshhhh , sedeyh aku . . :(


hmm , pandai jugak tokeh shoutmix ni . taw2 ja yang da ramai para blogger skang ni duk pakai shoutbox tu .

dan tyme2 ni laa dy nk kutip untung .

haiiyaaa .



nampak gayanya , aku kena jugak ceraikan hang .

nah amek hang , dengan lafaz bismillah , aku cerai kan kau dengan talak tiga !

KOMPOM !


terpaksa jugak laa aku kembali ke kekasih gelap ku .

CBOX





*p/s : hmpa pakai shoutbox apa lepaih ni ?

Sunday 11 December 2011

maaf , blog sy rosak !

BLOG INI DITUTUP SEBENTAR UNTUK PROSES PENYELENGGARAAN.


aduyaaiii . 



apa sudaa jadi ? habis aku punya template blog rosak .

em , penat nyaa nak mengedit kembali .


header , body , footer~





abis suma nyaa .


terpaksa juga guna photoshop nk edit balik .



baru siap edit .

kepenatan .

:(

Thursday 8 December 2011

: : hati-hati dgn tindakan anda~

: : baru lepas blogwalking td .


jalan2 ke blog orang . baca entry depa .


dan terjumpa satu blog yang mana aku rasa budak tu masih baru dalam blogger . tataw laa kot2 ada orang guna nama dia dan wat blog tu .

HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU~


tak mau sebut sapa . hmpa pun taw dah rasa nya . sat g aku gtaw , x pasai2 aku kena banned , dan x pasai2 blog aku kena hack pulak .

bahayaa~


apa yang aku baca ?


posting pertama dia > mngutuk KPOP .

hmpa taw kan KPOP ?


ala , penyanyi2 korea tu . CN BLUE , F.T ISLAND , SUPER JUNIOR , BEAST , RAINBOW . . eahhhh , ramai laa lagi . ( minat jugee sbnaq nya . shhhh ;D  )




perghhhh , memang ramai yang balas komen dkt post budak tu .

hampir 1440 KOMEN ! !



dan terdetik kat hati aku ni ramai juge peminat KPOP ni . membela KPOP la kata kan . hehee .


cuma aku terkilan laa sikit . budak yang mengutuk KPOP ni pun satu .


tak payah laa nak kutuk2 orang , kita ni sume sama . hamba ALLAH jugee .

eishhh , awat laa hang cari publisiti murahan~ banyak cara laen nak naik rate blog .


aduyaaiii . . kecik2 dah wat masalah .

dan .



lagi terkilan dengan para pengomen yang mengomen tu ( uihh , ada ka imbuhan macam ni ) ni pun wat masalah .

bukan tak bagi nak komen sebab nak membela kpop tu . boleh ja komen . komen laa sampai 86000 pun tapi . . haa , ada tapi nyaa .



jaga laa sikit adab , cara kita menaip tu . banyak yang kurang sedap didengari .

dan ada yang ugut macam2 walau aku taw main2 ja , tapi orang sekarang ni tak leh macam tu . ugut sikit , report polis laa jawabnyaa .

uihhh , yang pasti banyak laa komen yang kureng enak . tak mau laa aku sebut lebih2 .



BOLEH KOMEN tapi hati2 bila komen .

guna laa bahasa yang elok . budi bahasa kan budaya kita . cewahhh .

tiap2 benda negatif yang hmpa wat , bila dapat printscreen , abis laa .


memang jadi bahan laa . KUTUKAN ATAU CACIAN . sama jaa .




sekarang ni , apa sja yang kita wat , orang akan pandang .

lagi-lagi dalam facebook tu .

macam2 dah sekarang nii . komen , gambaq , info , basic information tu suma orang tengok taw .



pakat cari salah nak bukak aib jaa .



teknologi sekarang dah maju .

hang wat betui , kena puji .

kalau hang wat salah , kena maki .


HATI-HATI LAH BILA NAK WAT SESUATU PERKARA~



*p/s : maafkan saya jika entry ni ada yang mngguris hati pembaca .

dan tegur saya jika saya ada wat salah :)

Sunday 4 December 2011

: : undian Euro 2012 .




: : hangat sungguh EURO 2012 kali ni .

bakal berlangsung di poland-ukraine >

tiga kuasa besar bola sepak dunia , belanda , jerman , portugal dalam satu team .





nampak gaya nya , sengit laa pertembungan kali ni .



KUMPULAN A : Poland, Greece, Russia dan Republik Czech

KUMPULAN B : Belanda, Jerman, Portugal dan Denmark.

KUMPULAN C : Sepanyol, Itali, Republik Ireland dan Croatia.

KUMPULAN D : Ukraine, Sweden, Perancis dan England.



masa undi tu , dah boleh tengok jurulatih utk kumpulan B tak syok . muka memang tak hepi langsung .


untung laa england , sepanyol . .

team pilihan yang tak termasuk dalam kumpulan MAUT tu .

em , final kali ni akan berlangsung dekat Stadium Olimpik Kiev, Ukraine pada 1 Julai.


macam biasa laa  , aku harap spain dapat menang lagi utk EURO 2012 ni .


hmpa sokong mana ?