Wednesday 27 March 2013

: : chinta dulu kala

: : something different . cewahhh .

tak dak apa pun sebenaqnya .

saja nk post lagu . layan sungguh aku dengaq lagu ni .

mai la dengaq sama .

chinta dulu kala bersama lirik ~

Ella ft Azlan : Chinta Dulu Kala


Chinta, chinta hati kanda
Berikan kanda bermimpikan syurga
Agar terhapus sengsara derita
Terhenti fitnah yang melanda
Dinda syurga kanda

Kanda kekasih hati dinda
Bahagia agar hilang keluh dan resah
Agar terhapus duka dan nestapa
Agar terhapus segala
rasa kehendak harapan dinda

hapuskan segala duka
bersama membina istana
dunia menjadi bermakna
bila kita selalu bersama

oh dinda ,
oh kanda ,
dunia menjadi makna bila bersama
membuah rasa berbuai asmara
bagai berada dalam syurga

oh kanda ,
oh dinda ,
hapuskanlah segala duka bersama
kita bina istana mahligai indah kita berdua

Agar terhapus sengsara derita
Terhenti  fitnah yang melanda
Dinda syurga kanda

hapuskan segala duka
bersama membina istana
dunia menjadi bermakna
bila kita selalu bersama

oh dinda ,
oh kanda ,
dunia menjadi makna bila bersama
membuah rasa berbuai asmara
bagai berada dalam syurga

oh kanda ,
oh dinda ,
hapuskanlah segala duka bersama
kita bina istana mahligai indah kita berdua
kita bina istana mahligai indah kita berdua



serius laa , aku memang suka gila dengaq lagu ni .

tataw la hmpa cmna .


P/S : cuma sebuah lagu . lagu yg mencermin jiwa . 

Saturday 23 March 2013

: : PBS !

: : haaa , memang lama aku tak update blog ni .

serius laa , sibuk sangat2 sekarang ni .

ada ja kerja nak kena buat . itu la , ini laa . fuhhh .

so , kali ni saja la nak update .

biaq nampak yang blog ni masih hidup . hehe .


baru-baru ni , terlangsailah satu kerja .

kerja yang leceh tapi seronok sebenaqnya . itu lah PBS !

tapi ni bukan PBS budak sekolah tu . yg tu kena buat homework .

aku ni dah nak jadi cekgu pun .

PBS aku ni "Pengalaman Berasaskan Sekolah" .

orang tua2 atau cikgu lama panggil benda ni ROS .

tapi aku orang muda . panggil OBSERVE . .

cewahh , memandai ja aku ni . hee .


kali ni saja ja pilih tempat jauh2 . nak merasa cmna duk kat tempat orang .

so , aku pun pilih la SK Tanah Rata , Cameron Highland .

tempat sejuk bak peti ais . fuhhh . jadi mamalia darah sejuk seketika .

HAHA .


bayangkan la , tiap2 pagi p sekolah kena pakai baju sejuk .

cakap siap keluaq asap lagi tu .

er , yg macam dalam cerita omputih tuu laa .

cakap pakat kluaq asap . punya la sejuk bak hg .

waktu PJ pun depa leh buat pukul 12 .

tak berpeluh pun budak2 aku tengok . seronok ja depa PJ .


saja nak post gambaq2 masa kat sekolah . hee .


sejuk der . menggigil dibuatnya :D


comel kan . baru lepas kena cucuk jarum . tu la duk pegang macam tu .


PKG Cameron Highland maliiiii !


cikgu pengakap taw . hehe .


olololohhh . pandai depa posing . sapa la yg ajaq :P


kiut2 budak sini . hehe .


er . . . *tataw nak letak caption apa . haha .


depa duk buli zaim . ish3 :D

syok PBS kat sekolah ni . semua nya sporting .

budak2 sini pun comel2 , kiut2 belaka . HAHA .

geram tgk depa ni . rasa nak ja cubit2 pipi . 


ni saja nak post gambaq kami lepak-lepak plak . 


kami tidoq kat sini la . apartment di Hotel Heritage . fuhh :D


ladang teh !


taman pa benda entah . tak ingat plak .


sempat singgah masa nak turun ke Ipoh . selamat pulang !


welcome Perak Darul Ridzuan . hee .

banyak lagi gambaq-gambaq kat sana .

kalau masuk semua , mmg jenuh la hmpa nk scroll nanti . 

sampai kejang jari la . HAHA .

rasanya cukup la yang ni saja . 


lain kali , kalau ada peluang , memang aku akan p lagi .

seronok nya tak terkata .

tak sedaq seminggu habis begitu saja .

moga diberi peluang utk datang lagi .


P/S : jauh perjalanan , luas pemandangan :)

Thursday 7 March 2013

: : kembali disini

: : fuhhhh , berhabuk blog ni . lama nya la aku tak jenguk blog ni .

macam-macam la kerja yang membuatkan aku sibuk .

sampaikan tak dak masa nak bukak blog langsung .

satu per satu kerja mai . hari ni baru habis program BIG .


hmm , musim assignment pun dah start dah .

mujur satu assignment dah submit isnin lepas . itu pun buat kerja last minit .

wat kerja last minit ni memang menyesai . penat aku . .

so , lain kali amek pengajaran jangan tangguh buat kerja .

kalau tak , memang tak tidoq malam nak siapkan . hee .


entry kali saja ja nk hidupkan kembali blog ni .

tak banyak pun aku nak habaq .

moga-moga aku dapat bahagi masa untuk bergiat kembali dalam blogging .

cewahhh . ayat skema plak aku ni . HAHA .


P/S : masa itu emas . harganya terlalu bernilai . so , hargai masa naa :)