Sunday 29 June 2014

: : Salam Ramadhan Al-Mubarak

: : dalam tak sedaq , bulan Ramadhan dah mai terjah kita lagi .
rasa sat ja masa berlalu kan , tengok2 dah siap sedia untuk puasa .
syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati nikmat Ramadhan 1435H ni .
memang rasa bertuah dapat merasa bulan Ramadhan ni .

bukan semua orang dapat peluang keemasan ni .
lagi2 dalam bulan Ramadhan ni banyak sangat kelebihan yg Allah bg kat hamba dia .
sebab tu ada golongan yg memang duk tunggu bulan Ramadhan ni mai .
ada jugak golongan duk tunggu raya plak yg mai .
bila dengaq ja puasa , makna nya raya dah dekat laa tu . haduyaaii .
macam2 laa raga manusia ni kan . 

so , aku nak amek kesempatan menerusi entry ni nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan al-Karim :)



elok pulak Worldcup ni buat masa bulan Ramadhan .
haaa , memang sahur tu terjamin sikit laa .
awai ja bangun nak sahur , then sambil tengok bola teruih laa masa sahur tu .
tapi Worldcup tu Worldcup jugak , jangan lupa nak puasa pulak . haha .

semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu makna kepada aku .
dan semoga Ramadhan kali ini membawa sinar harapan yg baru kepada aku . 
Amiiinnn ;)


NotaKakiMaki : persiapkan diri dengan segala perkara ya !

Sunday 22 June 2014

: : I'm sorry

manusia sememangnya tidak lepas dari buat salah dan silap .
aku jugak manusia biasa juga .
ada salah silap yang aku buat sama ada secara terang mahupun sembunyi .
entry khas aku buat untuk meminta maaf atas segala kesalahan yg dilakukan .
maaf , I'm sorry .

ikhlas dari hati , maafkan saya .


NotaKakiMaki : kadang kala kita buat salah tanpa kita ketahui akan sebab yang kukuh .

Monday 16 June 2014

: : cara menghilangkan stress

biasa laa kalau tetiba ja datang stress ni kan .
stress dgn kerja laa , dgn member laa , dgn bf/gf laa *bg siapa yg ada laa .
sampaikan kadang2 tu terasa macam nak p dunia Spongebob ja .
ehh , macam jauh plak tuu menipu nya . HAHA .
maksud aku , rasa macam nak asingkan diri dari dunia ja .

tapiiiiii , baru2 ni aku ada tengok satu video cara hilangkan stress .
aku pun tataw laa nk habaq yang cara depa buat ni betui2 boleh hilangkan stress atau tambah stress .
yang pasti nya agak lawak laa video ni .
hilang stress bila tengok video ja kot . 
kalau buat macam yg dalam video , rasa nya macam tambah stress ja nanti .  HAHA .


best kan kalau sporting macam ni . hehe .

tapi masalah nya , mentaliti dan sikap manusia di sesetengah tempat berbeza2 .
so , aku nasihat awai2 , jangan laa hampa buat macam ni kat Malaysia .
tak pasai2 parang terbang , geng gangster , kaki pukul semua mai terjah hmpa .
sebab bukan boleh melawak dgn sesetengah orang .
kalau dapat yang sporting , okay laa . cuma boleh kira berapa orang ja -.-"


NotaKakiMaki : tak sakit mana main macam ni kan . permainan paling sakit ialah main hati dan perasaan . itu adalah perkara yang paling sakit . cewahh :D

Thursday 12 June 2014

: : parody time !

: : pada suatu hari , aku  bukak facebook . *bercerita la pulak .
saja ja laa tengok2 FB walau kadang2 tu dah bosan .
maklum laa , tengah cuti semester kan .
macam2 boleh buat masa cuti ni . kononnya -.-"
sampaikan tataw apa yg ada dalam fb tu dah . scroll ja sampai bawah .
biasalaa , fb pun boleh mendatangkan kebosanan .
then , aku ternampak satu gambaq . ehh , banyak gambaq macam tu .
er , rasa macam nak buat plak macam yg dalam gambaq tu plak .

perghh , kemain lagi tuuu .

sapa laa yg duk mintak putus tu . ish3 . HAHA .
tak lama lepaih aku nampak gambaq ni , mula laa parody yg sebijik macam ni .
memang kena troll habis laaa .
aku gelak tak habis2 bila tengok yg parody punya .
punya laa lawak . HAHA .
tapi aku pun cuba laa buat . saja ja pun buat macam ni .

saja ja aku nak buat jugak . HAHA .

yang ni , parody yang aku jumpa plak . 
bukan main banyak nya yg aku jumpa ni . 
yg bahagian politik , aku tak masuk campuq naa .
no komen bab tu . bahayaaa ! hee .

nampak sangat tipunyaa . HAHA .

sekali lap , tukaq kaler teruih . tudiaaa . 

auwww , so ayuuu abang . HAHA .

HAHA . memang terbaik kena troll .

yang ni paling tak boleh blah . HAHA .

macam2 laa zaman sekarang ni . serius aku habaq , ada baik dan buruknya .
cuma satu ja nasihat aku untuk hmpa semua .
hati2 laa dalam media sosial tak kisah laa yg mana pun .
di Facebook ka , Twitter ka , Instagram ka , blog dan macam2 lagi laa .

sebabnya jika hmpa tersilap langkah , habis laa hmpa .
sama ada gambaq ka , status ka , atau benda2 lain laa /
pasti kan iperkara yg hmpa buat tu tidak menjadi beban kepada hmpa kelak .
hmpa kena ingat , kat dunia ni ada ja manusia yang nak tengok kita jatuh .
sebab tu aku nasihat kat hmpa semua benda ni awai2 .
aku tak mau hmpa dan aku sendiri trkena benda2 yg boleh buat kita down .
so , take care semua !


NotaKakiMaki : sekadar gurauan semata2 ;)

Monday 9 June 2014

: : movie hangat untuk bulan Jun 2014

: : tak sabaq nya aku dengan movie yg bakal terjah panggung ni .
maklum laa , aku jenis yg suka jugak tengok movie jugak .
nampak ja mcm tak berminat , tapi dalam hati melonjak2 nk tengok movie baru .
tak kisah laa genre macam mana pun movie tu , ajak ja p tengok , aku akan p laa .
cuma yg jadi masalah nya , dompet yang nipis menyukarkan aku nak p cinema .
perghhh , ini masalah terbesaq ni . HAHA .

list movie yang bakal kluaq bulan Jun 2014

untuk bulan Jun ni , ada 2 movie yang memang aku tunggu nak tengok .
rasa mcm rugi laa kalau aku terlepaih 2 movie ni .
kalau movie yg lain tu , aku tak kisah sangat laaa .
ada orang ajak , aku p laa tengok utk movie yg lain .
dan yg penting , ada "duit" . HAHA .

How To Train Your Dragon 2

Transformers 4 : Age Of Extinction

perghhhh , memang gempak laa dua movie ni .
buat aku tak sabaq betui nak tengok .
hope dua2 movie ni capai tahap bintang yang aku nak laa .
kalau tak , menyesai ja tengok . HAHA .


NotaKakiMaki : nak ajak sapa ya p tengok ? hmm .

Thursday 5 June 2014

: : aku peminat football freestyle

: : bola dan aku memang tak dapat dipisahkan .
sememangnya aku ni suka main bola .
tak kira laa kat padang ka , futsal ka , semua nya aku suka .
tengok bola pun aku suka tapi lebih kpd game luaq negara laa .
EPL , LA Liga , Serie A , Bundesliga tu semua laa .
sebab game depa memang betui2 best .
buat kita tercangak depan tv bila ada game . HAHA .

dan satu lagi yg aku suka , FOOTBALL FREESTYLE .
boleh katakan selalu laa aku tengok youtube aksi2 freestyle ni .
dah minat kan , nak buat macam mana lagi .
macam2 skill laa yang sememangnya gempak pernah aku tengok .
perghh , kadang2 rasa geram ja tgk depa buat skill macam2 tu .
terbaik der . fuhhh .

antara yang aku suka tgk video football freestyle , video Sean Garnier .
dia ni orang France , banyak kali juara kat France tuu .
dan dia ni memang terbaik laa freestyle nya .
macam2 skill dia ada . pusing sana , pusing sini sampai pening kita tengok .
dgn Neymar pun dia pernah ajak . fuhhh , gempak laa .
respect habis aku dengan dia ni . hehe .
ni antara video dia yang paling aku suka .

Sean Garnier buat Freestyle . thumbs up !

yg dalam video ni , si Sean Garnier awai2 dah menyamar jadi orang tua .
buat2 tak pandai main bola langsung , tapi nak jugak main bola .
pergghh , memang orang pakat buli laa dia .
sekali dia kluaq skill dia , memang semua orang ternganga laa .
riuh habis semua nya . meriah keadaan jadi nya .
ada yg kena nutmeg (Ole / RM5) , ada yg kena gelek . 
kesudahannya , aku pun gelak sakan tengok video ni . haha .

kadang2 rasa macam nak ja blajaq semua skill macam tu .
dan ada laa sikit2 skill yg aku boleh buat .
cuma kena lebih struggle laa kalau nak jadi macam depa ni .
maklum laa , hidup depa memang dengan bola .
bangun bola  , makan bola , tidoq bola .
mau tak hebat main bola , buat freestyle bagai nya .


NotaKakiMaki : You'll Never Walk Alone . YNWA !

Monday 2 June 2014

: : holiday = indah !

: : yeahh , tiba musim cuti dan cuti semester semestinya indaaaahhh . 
iyaarrghhh , inilah saat yang ditunggu2 .
hidup tanpa assignment , study , class dan macam2 lagi laa .
enjoy masa utk berehat sepanjang masa .
makan , tidoq , online , blogging , tgk movie etc .
perghhh , terbaik der . memang home sweet home . HAHA .

dan tak terlepas masa cuti ni → KENDURI !
memang banyak gila kenduri time cuti ni .
sana sini , ada ja kenduri . kan .
majlis bertunang pun kemain banyak jugak .
fulamakk , tahniah laa aku ucapkan buat kawan2 yg dah kahwin mahupun dah bertunang :)

ohh ya , baru2 ni kawan aku baru ja buat majlis kenduri dia .
akad nikah nya dah lama dah . masa raya cina hari tu lagi .
fuhhh , punya laa awai jodoh dia .
dengan orang terengganu tu , ganu kitee . hehe .
tahniah ya Ghazali , moga perkahwinan hg kekal selamanya .
moga dapat anak yg ramai . hehe .

selfie dengan pengantin . hmpa jangan main2 . HAHA .

ada jugak duk bertanya kat aku , bila lagi turn aku .
alahaiii , lemah nya aku nak jawab soalan macam ni .
fuhhh , kelu lidah nak jawab ni der . 
antara soalan yg high level tahap dewa nya . .
jawab AddMath dalam SPM lagi senang rasa nya .

macam ni laa , kalau ada jodoh , sampai laa turn aku .
dengan siapa ? ohh , yg tu kena tunggu laa .
sebab aku pun tertunggu2 jugak ni .
yang pasti nya , aku akan jemput hmpa semua . jgn bimbang .
percayalahh , jodoh setiap orang akan tiba juga .
semua nya dah ditetapkan . hanya masa yang memisahkan . 
ceewaaaahhhh ! jawapan selamat kata kauuu ! HAHA .


NotaKakiMaki : mana calon isteri ni ? tolong cari kan seorang . hehe .

Sunday 1 June 2014

: : Romancinta - Mojo

: : bosan2 masa cuti , so saja laa nak share lagu .
Romancinta - antara lagu yang aku cukup suka .
punya aura dan melodi yang memang gempak gila .
serius aku habaq , lagu Romancinta ni memang best .
aku duk ulang ja tiap2 hari . hehe .

Romancinta - Mojo


Lirik :

Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta


NotaKakiMaki : layan der :D