Saturday 28 December 2013

: : penangan cuti semester

: : cuti semester yang sungguh rilek sekali .
makan-tidoq-bangun-online-blogging-lepak2-bowling .
ohhh , indah sungguh cuti macam ni .
tapi sayaaaannnggggg , dah nak habis pun cuti . haihhh .
sat ja masa berlalu kan . sedaq2 dah nak masuk tahun lain .

hasil daripada cuti ni , syukur alhamdulillah berat badan aku naik .
haaa , ni la penangan cuti semester kali ni . 
hmpa ingat senang ka nk bagi berat badan naik . 
punya la struggle aku makan tidoq bangun balik sambung makan .
dan hasilnya , berjaya jugak aku naik kan berat aku ni .

fulamakkk , bangga ja sebut berat naik . haha .
ada orang , tgk alat timbang berat pun tak mau .
majoriti nya , aku rasa ramai yg mau berat dia turun . kan ?
aku ja la yang pelik sikit dari orang lain aku rasa .
maklum laa , aku ni ringan sangat orang nya .
kalau hmpa tiup , boleh melayang aku . ehh , gurau ja yg ni . haha .

ni berat TAHUN LEPAS . sekarang ni dah lain . emm , rahsiaaaa :D

aku rasa bila masuk balik ostel , boleh turun balik berat aku ni .
maklum laa , kt umah senantiasa ada makanan . tu yg nikmat sangat tuu .
tak risau perut lapaq . terjaga makan minum aku kat umah ni .
kt ostel , makan minum semua berterabuq . 
rasa dan makan , aku makan laa . kalau malaih kluaq , tak makan la aku .
iya la kan , sapa la nk jaga makan minum ceq kt ostel tuu . 
x dak orang yang sudi nk jaga . sedih nyaa .
eh ehh , ni masuk part mana dah ni . macam tersasar ja . haha .


NotaKakiMaki : jaga kesihatan , itu yang penting .

Wednesday 25 December 2013

: : Wordless Wednesday #25

: : cuti semester kian ke penghujung .
setiap detik amat bermakna . 

arghhhh , tidak ! !


NotaKakiMaki : mai dah mood malaih . . .

Sunday 22 December 2013

: : Cinta Hati

: : haaa , tak dak kaitan dgn aku punya cinta ka hati ka apa2 ja laa  .
masih muda lagi nak bcinta ni . auwwww . HAHA .
gurau ja laa . just nk share lagu Cinta Hati dari Shila Amzah .
ya , ni antara lagu Shila Amzah yang aku minat .
sedap lagu ni . layan ja muzik dia , lirik pun nice . 
haihhh , bila la nk kluaq yg official punya . 
mesti sedap kan kalau ada yg official punya . tertunggu-tunggu ni . 

Cinta Hati - Shila Amzah

LIRIK:
Senangnya dalam hatiku lihat kau disisi
Dari kejauhan mata namun dekat dihati
Kau memelukku indah membisik namaku
Kau tanyakan ku soalan yang buat ku terpaku

Bila kau kata kau cinta
Ku juga cinta mu
Bila kau bilang kau rindu
Ku juga rindu mu

Lama telah ku menyimpan
Hasrat 'tuk hidup dengan mu
Oh ohh sayang, ku cinta mu..

Satu dunia tahu aku adalah milikmu
Ku persembahkan cinta yang terbaik
Hanya lah untuk mu

Bila kau kata kau cinta
Ku juga cinta mu
Bila kau bilang kau rindu
Ku juga rindu mu

Lama telah ku menyimpan
Hasrat 'tuk hidup dengan mu
Oh ohh sayang, ku cinta mu..

2, 3, 4..
Sudah berkali-kali ku terjatuh cinta
Sudah berkali-kali juga ku kecewa
Tapi ternyata segalanya berbeza
Bila aku dengan kamu,
Kamu dengan aku oh..
Tiada lelaki yang bisa jadi sehebatmu
Muzik Dan jenaka mu mencuri hatiku
Tak mungkin ku akan berpaling darimu
Cuz baby 'I Love You'

Bila kau kata kau cinta
Ku juga cinta mu
Bila kau bilang kau rindu
Ku juga rindu mu

Lama telah ku menyimpan
Hasrat 'tuk hidup dengan mu
Oh ohh sayang, ku cinta mu..

I Love You . 


NotaKakiMaki : merenung jauh lagi . . . . .

Wednesday 18 December 2013

: : Wordless Wednesday #24

satu cerita menarik  .
penuh dgn babak yg tidak diduga :')


NotaKakiMaki : jauh termenung . hmm . .

Tuesday 17 December 2013

: : Meriahnya Disember

: : sememangnya bulan akhir 2013 ni sangat2 meriah .
al-maklum laa , bulan cuti skolah la kata kan .
bukan tu ja , dunia blog pun sama meriah nya .
seronok ja bila aku blogwalking sana sini .
baca entry hmpa semua . wohoooo ! ! meriah3 .

lagi meriah nya , bila para blogger ada buat Giveaway (GA) .
serius aku habaq , bulan Disember ni memang banyak gila blogger buat GA ni .
mungkin depa bercuti ada beli ole-ole , so apa salah nya create GA . kan ?
er , aku teka ja tu . tataw la betui ka bohong . haha .

tp nk habaq kt hmpa semua , GA ni la yg buat dunia blog meriah .
aku p blog ni ada entry pasai GA , blog ni pun ada jugak .
dan yg syok nya , ramai woo pakat join GA yg dianjurkan .
fulamakk . 
bagi aku la , anjur GA ni pun salah satu cara nk dapat member baru .
mungkin salah satu cara jugak naikkan trafik blog .
juga mungkin salah satu cara nk dpt follower ramai . kan ? 
kalau tak percaya , tiap2 entry GA akan ada "sila follow blog sy" .
HAHA . gurau ja , jgn marah ya blogger yg create GA .


aku ucapkan beribu tahniah la buat blogger yg ada anjurkan GA ni .
hmpa dah memeriahkan dunia blog ni .
iya la kan , bukan senang nak tarik blogger lain join GA ni .
tu yg aku RESPECT dan tabik spring bergulung2 sapa ada buat GA .
aku sendiri pun tak pernah buat GA . ohh .
tu yg aku salute habis kt hmpa yg create GA ni .
tahniah sekali lagi buat sesiapa ja ada create dan join GA :)


NotaKakiMaki : mana hilangnya butang follower aku ni . haihh . 

Monday 16 December 2013

: : sepupu kahwin

: : kan aku dah kata , bulan disember ni memang bulan yg penuh dengan jemputan kahwin .
sana sini  ada ja orang kahwin . meriahnya laa . 
maklum laa , waktu ni la masa yg lapang sesuai nak buat majlis .
semua orang boleh mai bila buat waktu cuti ni . kan ?
tahniah buat sesiapa sahaja yg melangsungkan perkahwinan :)

dan tengok2 sepupu sndiri pun kahwin .
haihhh , yg ni kalau aku tak p memang nak kena la aku ni .
kompom bising mak sedara aku tu nanti . hehe .
maklum laa , bukannya jauh mana pun . kenduri nya dekat Ipoh ja .
2 jam perjalanan sampai la  Ipoh tuu .
maklum laa , tempat blajaq skg kan kat Ipoh .
ahhh , dah biasa sangat p . *ayat poyo gila .

boleh katakan Ipoh tu aku dah khatam dah semua jalan . cewahhhh . 
tapi rupa-rupanya tidak jugak . haaaa , terkantoi jugak aku akhirnya .
depa kata depa buat kenduri dekat dewan orang ramai sebelah Mydin Manjoi .
yang aku taw , Mydin dekat Meru tu ja .
tak pernah plak taw Manjoi pun ada Mydin .

ya , memang dah bina sebijik Mydin dekat Manjoi tu .
dalam celah2 kampung tu , hmpa akan  nampak tersergam  indah bangunan Mydin kt tengah2 tu .
fulamakkk . tak sangka gila aku . baru ku tahuuuuu .
Mydin tu dah bukak setahun lebih , baru hari ni aku taw . 
kena banyak pusing kawasan Ipoh lagi ni . HAHA .

parent makan dgn pengantin . hee .

cantik dan kacak pengantin nya .

serius aku habaq , terkejut bila pengantin mai dengan pakaian nya .
style der . mai dengan gaya chinese .
gempak laa aku tengok . merah menyala tuu .
aku rasa bila aku kawin nanti nak buat style macam ni pun ada .
sebab menawan sungguh bila tengok .
er , bila la tu aku nak kahwin nya kan -.-"


NotaKakiMaki : haihhh , kena cari calon dulu laa nampak gaya nya .

Friday 13 December 2013

: : LULUS, TERUSKAN PENGAJIAN

: : akhirnya , keputusan exam semester lepas kluaq jugak .
bila dapat ja mesej boleh check result , aku terus on laptop cepat2 check .
punya la gelojoh aku ni pagi2 buta . HAHA .
tapi aku dah bajet dari awai pun kompom keputusan aku teruk .
maklum la study pun last minit , jawab pun tak brapa yakin .

dan jangkaan aku tepat . tepat sangat2 .
memang pointer aku jatuh sangat2 .
amek hg faiz oiii , ni laa akibatnya study last minit . 

pointer terpaksa dipadam :'(

alahaiii , jenuh la aku nk cover balik sem depan . 
kena struggle lebih sikit la nampak gaya nya . 
kalau tak , keputusan macam ni la aku dapat .
haihhh , tak mau dah aku . serik !

tapi kan , realiti nya masa result keluaq ja cakap macam ni .
bila masuk sem baru , dah tak ingat apa dah .
skg cakap kemain lagi tak mau study last minit bagainya .
bila exam seterusnya , study last minit jugak . kan ? 
HAHA .


NotaKakiMaki : buat adik2 diluaq sana , jangan contohi perangai buruk ni .

Wednesday 11 December 2013

: : Wordless Wednesday #23

: : cuti-cuti ni , memang meriah dengan kenduri kawin bagai nya .

dan cuti2 ni la , ada sorang member aku bertunang .
wahhhh ! tahniah fia . aku buat khas entry ni nk ucap tahniah taw . haha .
dah masuk alam lain dah kawan aku ni . ohh , one step closer . 


NotaKakiMaki : aku ? calon pun tak dak lagi -.-"

Monday 9 December 2013

: : musim hujan

: :  musim hujan dah mai . hampir semua tempat dilanda hujan .
kesian kat kawan2 kita yang teruk dilanda hujan .
hat sebelah pantai timur tuu , sebelah pahang , terengganu , kelantan .
ayaq naik sampai habih semua barang rosak , rumah pun tenggelam .
moga depa tabah la mnerima dugaan ni . 

keadaan kuantan . so sad  :(

hujan2 macam ni , jangan la plak hmpa seronok duk main ayaq plak .
macam2 benda boleh jadi . hati2 la naa .
jaga kesihatan baik2 . penyakit boleh mai bila2 masa ja waktu mcm ni  .
aku pun dah brapa hari duk selsema dgn batuk ni .
nak buat apa2 pun susah bila penyakit mai kt badan ni . (*padahal td pekena boling lagi tuu . haha)
tu yg duk peringat kt hmpa , jaga kesihatan tuu . 

ubat batuk yg gila kaw nya mengantuk .

yg ni pun ubat dikala hujan ni . hehe .

moga cepat la baik batuk dgn selsema aku ni .
tak syok time cuti dapat sakit ni . hilang seri cuti nya tuu .
waktu cuti la sepatutnya masa nk rehatkan badan .
rilek2 makan angin , tenangkan fikiran bagai . kan ?


NotaKakiMaki : hujan macam ni sedap lena ja . hehe .

Saturday 7 December 2013

: : boling dan boling

: : cuti yang dipenuhi dengan aktiviti memboling .
hari tu dh p , hari p lagi . er , esok lusa pun rasa nk p .
aku pun tataw nak wat pa cuti ni . duk saja ja kat umah .
makan , main game , online , blogging , tidoq .
haaaa , tu ja la kerja aku kat umah cuti ni . indah sungguh .
yang boling ni plak sampingan dia .
kira macam aktiviti riadah laa . bajet kluaq peluh ja . HAHA .

aku rasa cuti ni ja , dah lebih dari 6 kali aku p main boling .
er , sampai tak ingat la brapa kali main sebenaq nya . 
punya la rasa banyak nya tu . haha . aku rasa macam best plak .
kalau la duit berjuta , memang aku bina dah sebijik bangunan boling .
boleh tiap2 hari aku p main .

bola boling ayah punya . bleh tahan berat nya .

aku masih berlatih nk bg bola curve sebenaq nya .
tapi masalah nya tangan aku sakit lagi .
dah lama sakit kt pergelangan ni . susah nk baling bola kalau still sakit tangan .
haihhh , hope cepat laa baik yea wahai tangan .
sebab ada boling baru bukak kat Manjung ni.
teringin plak nk merasa kat tempat baru . HAHA .


NotaKakiMaki : terasa nak ada bola boling sendiri la plak . ada sesiapa nk sponsor ? hihi

Wednesday 4 December 2013

: : Wordless Wednesday #22

: : nak benda ni sebijik !
wuarghhhh , bila la aku boleh dapat .

kemaih plak aku tengok menatang ni . HAHA .


NotaKakiMaki :  Ipad I tak mampu :(

Monday 2 December 2013

: : Disember suda mali maa

: : sedaq tak sedaq , lagi sebulan ja tahun 2013 nak habis .
ya , masa berlalu pergi terlalu pantas .
rasa macam baru ja lagi tahun 2013 ni mai .
dah nk habis pun rupa-rupanya .
sebulan tu bukan lama mna pun . alahaiii .

haihhh . rindu zaman budak2 sekolah dulu .
kalau dibukak balik cerita zaman skolah dulu dgn mmber , memang tak kan habis .
tergelak sana , tergelak sini . punya la lawak bila ingat balik .
ada ja cerita yg nak dibukak , nak di gelak . haha .
aku rasa hmpa pun mesti macam aku . kan ?
ehh , bg hmpa yg dah habis sekolah laa . haha . 
yg duk skolah lg , msti rsa nk cepat ja zaman sekolah tu habis kan .
ni pesanan buat yg masih sekolah tu , hargai zaman prsekolahan hmpa .
buatkan zaman prsekolahan hmpa sbg satu memori indah utk dikenang .
cewahhhh ayat kemain lagi . HAHA .

duk belek gambaq2 lama , terjumpa la beberapa kenangan zaman sekolah dulu .
wahhhh , muka budak2 nya aku . waduhhh .
malu nya iteww . rasa macam nk tmpaq ja . haha .

gambaq masa p parlimen . geng kelas . ada dua ja junior .

ni betui2 masa lepas habis paper last SPM .
punya la enjoy . sakan habis . hee .

ya , aku rindu zaman sekolah ni . tapi masa tetap berlalu pergi .
tak boleh kita nk patah balik zaman sekolah dulu .
bukan tu ja , nk patah balik seminit lepas pun tak boleh . 
itulah hakikatnya . right ?
kalau megi tu dah kembang , tak boleh patah balik masa nk makan sebelum kembang .

ini baru lepas zaman sekolah dulu . baru ja berapa tahun berlalu pergi .
belum lagi tempuh zaman bila dah kawin nanti .
time dah ada isteri , dah ada anak , macam mna plak keadaan nya .
mesti bertambah rindu zaman masa kt sekolah dgn kat kolej pula . 


NotaKakiMaki : rindu , serindu rindunya .