Tuesday, 22 October 2013

: : Penang ku takluki lagi

: : Alhamdulillah , done trip dgn classmate . jauh perjalanan kami .
sebagai KU utk semester ni , saja la aku wat trip .
nk enjoy2 sikit . mklum laa , asyik busy dgn kerja ja .
ada masa trluang ni , aku pun create la satu trip ke Penang .
nk tenangkan fikiran dari kerja2 menimbun tuu .

mula nya rancang nk p awai pagi sabtu . 
boleh p byk tempat klau gerak awai ni .
tapi apakan daya , pengurusan IPG yg trlalu bagus myebabkan trgendala .
last minit baru taw yg ada kelas ganti hari sabtu tuu .
cemerlang sungguh kan . rasa mcm nk puji sampai ke bulan pun ada .

so , habis klas jugak la baru dapat gerak nya .
tgh prjalanan ke Penang , awan gelap mai pulak .
ahh , aku dah dapat bajet kompom hujan lebat turun sat g .
tengok2 memang hujan lebat turun . 
sampai Penang pun hujan lagi . punya la lebat . 
habis plan sabtu tuu . tak dapat p mna pun .

hujan di Penang :')

rancang nya sabtu tu nk p Bukit Bendera dulu .
disebabkan hujan , aku pun pikiaq pnjg nak naik atas sana tuu .
buat pa naik atas masa hujan ni . bukan bleh p mna pun .
dah la bahaya . takut2 jadi apa msa nak naik tu .
then malam tu , around 0100 sj la bukak berita tv1 .
tgk2 ada kes kat Bukit Bendera tu . elektrik terputus .
seriously , rasa ada hikmah jugak aku tak naik Bukit Bendera time tuu .

kira nya sabtu tu kami just brjalan di Queensbay saja .
jalan tmpt macam ni klau byk duit syok laa .
klau x , memang "berjalan-jalan" saja la . HAHA .

tak bg tangkap gambaq . sedihh kita . 

eh ehh , sama laa . HAHA .

jalan2 sini ja kita , letihh .

habis ja jalan kat sini , terus balik . nk p mana pun hujan2 mcm ni .
pagi tu baru la rancang nk p tempat2 semalam .
cuma risau Bukit Bendera tutup ja pasai kes malam tuu .
tapi syukur pagi tu masih operasi macam biasa .
dapat jugak laa bawak classmate p naik atas ni .

singgah umah nadia . family dia baik sungguh .
mujuq la ayah dia sudi jadi pemandu pelancong kami . hihi .

check-out homestay . ehh , apartment-stay -.-"

tiba di Bukit Bendera .

ingat nk buat gaya macam sebelum ni . tpi lupa plak .

with rumate ku yg ku sayangi . muaahhhh . 

posing gila2 . tataw nk wat pa dah . 

jumpa kawan baru . from Germany . baik dan peramah . seronok !

hye Penang . saya di atas sini .

nk jugak gambaq dengan menatang tuu . kereta kabel . 

main ulaq . sejuk der badan natang niii . selamat dia tak makan aku . HAHA .

habis ja dari Bukit Bendera , ayah Nadia bawak kami p melawat rumah P.Ramlee .
aku pun ikut jaa . kita duk kat tempat orang , ikut ja laa .
walaupun mula2 agak blur nak wat pa aku datang kat umah ni .
bila dah sampai , baru taw yg tempat ni ada nilai sejarah trsendiri .
cantik ja kerajaan negeri jaga tempat ni .

ni la dia umah P.Ramlee .

dalam umah P.Ramlee .

aku rasa , hmpa patut mai sini . tengok2 kawasan sini .
saja nk promot ja laa . hehe .
habis jalan sini , p ke Padang Kota plak . apa lagi kat sini , mncari makanan laa .
pasemboq , laksa penang , abc , cendol semua ada kat sini .
time ni aku makan kt food court situ . cuma ada satu ja aku kurang brkenan kat sini .
"peminta sedekah"

seriously , aku tak suka langsung org mai mintak sedekah .
bukan nya aku tak mau bg sedekah dan bukan aku memlih bangsa nk bg sedekah .
 tapi aku ada pndirian sndiri .
yg datang mintak tuu , semua sihat belaka . boleh bekerja dan boleh buat kerja .
datang tu memang semata2 nk "mintak" ja . 
tak ada inisiatif langsung macam nk jual tisu ka , krepek ka .

ni ada lagi . aku perhati ja dari awai sampai habis makan .
mula2 ada budak laki datang mintak .
then orang tua plak datang . tak lama lps tu , budak pmpuan plak mai .
tapi kan , aku tengok macam anak beranak ja semua ni . 
aku simpan dulu bnda ni . tak cakap lg dgn classmate aku .

ada lagiii . lepas habis depa kutip , depa cepat2 simpan duit dalam poket .
biaq dalam cawan tu ada 3 4 ringgit macam tuu . cerdik tak depa ?
lepas tu depa kutip balik . sanggup duk ja kt blkg orang smpai org tu bagi .
fuhh , sungguh kental hati depa bab kutip duit orang ni .

eh ehh , ada lagi . sebab aku perhati semua gerak geri depa ni dari aku dtg lagi .
dh penat kutip , depa akan duk satu kedai . tak ingat nama kedai tu apa .
sebab memang aku dah boleh bajet , ni mesti ahli keluarga depa jugak .
sebab nya duit sedekah yg depa kutip tuu , depa bagi kat tokeh kedai tuu .

haaaa , kat sini aku dah boleh buat satu konklusi dari pemerhatian aku ni .
memang bila ada mintak sedekah , aku halau ja . 
bukan brmakna aku ni kejam , tapi depa yg kejam sebenaq nya .
kejam tang mna ? hmpa pikiaq la sndiri . 
aku boleh jawab . tapi aku nk hmpa semua pikiaq sndiri .

msa lepak di Padang Kota

main2 dgn burung merpati .

nk terbang macam burung jugak . terbang bebas di udara .

datang ja , burung lagi . jgn lari burung , sy baik . HAHA .

around 1730 dah gerak ke feri . malaih nk balik lewat2 ni . dana saja pilih naik feri . 
sebab kalau p Penang tak naik feri , rasa mcm tak perfect la trip ni . hehe .

memandang jauh terfikirkan sayang . sayang ? siapa ? lalalalaa .

hai orang Penang , saya atas feri anda . 

dan satu lagi bnda yg tak perfect kalau kita dah mai Penang ni .
"JERUK" . mesti beli kalau mai sini . 
tapi aku suka berapa jenis jeruk ja . yg lain kurang nk makan .

mai maiii beli jeruk Pak Ali . *promot  lagi . hehe .

anyway , best la trip kali ni dgn classmate semua .
walaupun ada beberapa bnda yg buat trgendala , tp itu semua pengalaman .
prcaya lah , bila tua nnti hmpa akan ketawa sndiri bila duk pikiaq balik pasai trip ni .
rasa mcm indah nya zaman aku wktu tuu .
bukan nk wat cerita sedih , tp itulah hakikatnya .
itu jugak lah yg sedang aku lalui . rasa mcm nk kembali zaman sekolah dulu :')


NotaKakiMaki : im back again . HAHA .

5 comments:

Hafiza AizZawa said...

akak pun br ke Penang 2 minggu lepas, cantik la bukit bendera skrg yak mcm dulu...

nur hannis mohamad said...

ha pegi penang mesti x lepas dengan jeruk kan? dulu kami dok pi juga la la ni kurang dah hihi ...apepun tgk pic enjoy ja kan... :0

nur hidayah said...

Ehh. untung lar boleh pergi release tension dekat penang.. best kut .. :)

YaNaza said...

Best giler. Untungla dapat g jalan2. Huhuuu.

Anis Najwa said...

sy org PENANG.. ehhh tetiba.. bhahah ... suka gmbr dengan burung... gamabq tu sngt2 menarik .. stail habis ! thums up ;)