Sunday 31 August 2014

: : Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Salam kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia .
tanggal 31 Ogos 1957 , detik paling bermakna dalam sejarah negara .
Tanah Melayu bebas dijajah oleh kuasa luar .
ia merupakan satu sejarah yg perlu diingati oleh setiap warga Malaysia .
banyak jugak page luaq yg wish utk kemerdekaan Malaysia ni .

dari page facebook , FC Bayern Munich

ucapan khas Eden Hazard dari page Chelsea FC

ucapan dari page Facebook , Manchester City FC

page utama Google.com

khas dari page Facebook , Liverpool FC

thanks buat semua yg wish utk kemerdekaan Malaysia . hee .
dan teruih terang aku habaq , aku ni bukan lah pakar sejarah .
setakat SPM dapat A+ , tak bermakna aku hebat sejarah .
cuma nk bgtaw satu kenyataan mengenai sejarah agar hmpa tak salah .

kat sini apa yg aku nk highlight kan , ada 3 tarikh penting .
yang merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957 ni hanya Tanah Melayu .
Sabah merdeka pada tanggal 31 Ogos 1963 .
Sarawak plak merdeka pada 22 Julai 1963 .
dan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 yg terdiri drpd Tanah Melayu , Singapura , Sabah dan Sarawah .
then pada 1965 , Singapura terkeluar drpd Malaysia .
*betulkan ceq jika ceq ada salah naa . ini apa yg ceq faham laa .

banyak dah yg tersalah faham pasai benda ni .
so , saja la aku nk share fakta sebenaq pasai kemerdekaan ni .
supaya hmpa boleh ceritakan perkara sebenaq kat anak2 nnti .
cewahhh , kemain ayat aku . HAHA .
walau apa2 pun , yg penting kita bersatu padu dalam negara ni .
buat pa duk gaduh sana sini , tak dak keuntungan kalau gaduh2 ni .
silap2 , orang luaq yg untung bila kita gaduh , kan ?


so , layan la dulu lagu tema Kemerdekaan tahun ni ,
Disini Lahirnya Sebuah Cinta .


LIRIK :

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Korus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang


NotaKakiMaki : Merdekakan diri dari segala kejahilan dalam menuju arah yg benar :)

No comments: